Disebabkan saya dah menganjak tua, aku bahasakan diri sebagai saya lah.
Kali ni tua nak cover,,eh terbahasakan diri tua plak!
Hari ni saya nak cover nasyid bertajuk permaidani versi tak de music.
Saya record kat tiktok je.
Jadi sebab tu lah tak bermusic, kalau korang terjumpa music karaoke kat tiktok boleh cover lagu bagi tau saya ye, saya nak bertaranum plak.
Btw, cover ni..kalau tak sedap..maaf lah...biasalah sejak dah menginjak ke alam tua yang amat dahsyat ni..suara pun menua juga lah!
Btw lagi, dah lama juga saya tak buat cover sekarang dah 2025 pun. Hehe.
Last cover dulu rasa tahun 2022 kan, hmm, alhamdulillah masiiih..lagi saya hidup.
hihik..
Harap korang pun masih lah tu! Eh of cos lah. Tak kan hantu kut yang tengah baca ni.
Hehe..Oh maaf!Nasyid ni seperti mana yang korang maklum kenapa saya nyanyi tak sampai habis, sebab ianya juz short cover, dan saya record tak pakai streo. Semoga masuk berita lah info nih. Astaghfirullah hal'azim.
Saya juz record gitu-gitu je. Sambil bertemankan kipas yang laju macam air sungai deras bunyinya, tapi sebenarnya yang korang dengar tu bunyi kipas. Hahaha..kreatif kan, kreatif yang namun tak dijangka..!
Disebabkan lagu sedih, saya pun menyedihkan feel saya lah.
Tak teruk sangat pun bunyinya.
Tapi korang nak dengaw kena pakai streo lah,
Sebab nanti member2 ke, jiran sebelah korang dengar ke, jadi payah pulak nak dengar suara saya, sebab nanti depa ikut skali nyanyi kan macam mana!..tu ok lagi skit..kalau jadi masalah lalu lintas plak...siapa nak jawabnya tu!. Risaw..
Tu pun kalau pasang kat warung tepi jalan laa. Hahaha.
Pun tak pasal2 saya diharamkan cover. Apekah!
Akhirnya semua tu jadi bukan lagi sebab isu suara berkatak² dan menyakitkan telinga, tapi sebab bising akibat feel yang mendalam..buat semua orang sibuk pakat ikut nyanyi..itu lah makanya..kenapa lah amma appa tak pakai streo...
Krikk! Krik! Krik! Saya juz buat lawak yang benar je...gitu!
Oklah..selamat bersantai bersama keluarga dalam berhujung minggu korang!.
Saya biasa lah..menikmati masa kesendirian saya yang ternyata sepi bagai nak protes jikalau tiada insan2 di sisi. Hemm, biasalah..orang siNgle kan! :D :D :D. Tibeh..
Tapi sebaik membayangkan ia lebih baik dari didekati insan2 toksik...terus bertukar sepi itu sihat beb! Terus bersyukur dan ingat Allah kan Ada! Hah! Gitu!
Lagi..terus teringat..orang beriman ituuu..nggak panikan..Wah! bahasa indo?..
Orang yang beriman juga relaks..tenang dalam menghadapi apa pun ujian. InsyaAllah!
Ok lah..Sekian..Sama2 lah kita, Sama2 Jangan marah2! Jangan gaduh2 jika kita nak ibadah kita semua diterima Allah dulu kini dan selamanya..InsaAllah. Aamiin.
Rasulullah Saw bersabda: "Pintu syurga dibuka setiap Isnin dan Khamis, maka diampuni Allah dosa setiap hambaNya yang tiada musyrik, kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya (sesama Musim). Maka dikatakan, "Tunggulah dahulu sehingga kedua orang ini berdamai." (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)
.