"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Yang pertama,
Bila orang akan dikatakan tawaduk,
Bila mana melihat dirinya tak punya kedudukan, tak ada nilai,
Yakni dirinya adalah tak bernilai,
Yang kedua,
Dan tidak melihat kepada makhluk yang lain,
Tak ada yang lebih bahaya yang lebih buruk berbandingkan kepada dirinya sendiri,
Yakni tak tengok orang melainkan dirinya lebih buruk daripada orang itu,
Yang ada zaman kita sekarang,
Kita paling baik daripada semua orang,
Belum tawadhuk,
Jauh daripada tawadhuk,
Bila orang menjadi tawadhuk?
Kalau dia melihat dirinya lebih buruk daripada orang lain.
Supaya tak sombong.
Supaya tak takabbur.
Supaya tidak melakukan perkara yang bercanggah daripada hakikat yang Allah mahukan kepada dirinya.
Salah seorang Al-Imam Abdullah Bin Abu Bakar Al-Idrus,
Dia pernah ingin menghantarkan anaknya untuk berdakwah di sebuah negeri,
Bapaknya beritahu,
Kamu pergi ke pasar,
Lepas tu cari orang yang lebih rendah atau lebih hina daripada kamu...
Dia pergi pasar,
Jumpa di pasar tengah azan dikumandangkan,
Semua orang di pasar pergi masjid,
Dia nampak seorang yang tak pergi masjid,
Selepas dia pergi solat,
'Orang ni dari mula tadi aku pergi masjid sampai aku balik dia tak masuk masjid,
Orang ni tak solat!
Aku lebih baik daripada dia,
Aku solat dia tak solat,
Aku akan bawa orang ni jumpa dengan bapa aku,
Aku bagitau orang ni tak solat!
Aku lebih baik daripada dia'..
Maka sebelum dia datang kepada orang itu nak bercakap,
Nak bagitau nak dibawa kepada bapanya..
'Ah!, kalau dia tak solat!,
Tapi kalau sekejap lagi dia solat?
Mungkin pun dia lebih tua daripada aku,
Dia lebih dulu kenal kepada Allah,
Dia lebih Islam dulu sebelum aku lahir pun juga,
Mungkin dia sudah beramal sebelum aku beramal..'
Maka dia tak jadi! dia nak bawa orang ini tak jadi!
Cari pulak orang di pasar.
Tak jumpa juga sesiapa pun,
Jumpa anjing!
'Anjing ni mesti aku bawa,
Aku bawa pergi jumpa bapa aku,
Bagitau anjing ni lebih hina daripada aku,
Pasal apa? Anjing!'
Maka nak diikat anjing tu nak dibawa,
Maka dia pun teringat juga..
'Anjing ni nanti di hari kiamat Allah ubah dia jadi tanah,
Jadi debu, tak ada dihisab bagi anjing!
Aku nanti bilamana berhadapan dengan Allah,
Berhadapan dengan hisab,
Berhadapan dengan sirat,
Berhadapan dengan introgasi (soal siasat) dari Allah SWT,
Kalau aku selamat aku boleh jadi lebih baik,
Tapi kalau aku tidak..
Lebih baik anjing ni yang jadi debu berbanding dengan masuk neraka!'
Dia balik jumpa bapanya,
'Abah!
Aku tak jumpa seorang pun siapa yang lebih hina yang lebih rendah daripada aku..'
Kata bapanya,
'Sekarang kamu layak jadi pendakwah!'
Mula daripada melihat dirinya itu,
Tak ada sesuatu nilai...
Memang mudah cakap..tapi praktikalnya..
Kata Imam Al-ghazali..
Setiap insan ini akan tertulis di dahinya sini,
Yakni ini bukan hakikat tapi simbolik..
Menunjukkan bagaimana manusia itu di dalam menuntut identitinya itu..
Tertulis di dahinya..'Ihtarimni!' 'Hormati aku!'
Bukankah kalau orang dihina sikit dia marah!?
Ego!!!
Dan setiap orang punya ego itu...
Itu lah yang perlu dihancurkan tu ego tu!
Supaya kita tahu rasa hina kepada Allah..kalau kita tak punya ego!
Tapi selagi ego itu bersarang selagi itu kita akan mendapatkan hijab untuk tahu rasa menghinakan diri di hadapan Allah swt.