"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Mintalah kamu kepada Allah walaupun garam untuk makanan kamu.
Ertinya sekecil apa pun juga,
Hendaklah berdiri di hadapan pintu Allah SWT.
Yang mana orang bilmana berdiri di hadapan pintu Allah tidak akan kembali dengan tangan kosong.
'Jangan kamu minta, jangan kamu tanya kepada anak-anak Adam, mintalah kepada Zat yang pintunya tak pernah ditutup'
Iaitu Allah SWT, 24 hours..24 jam..pabila nak minta tafadhol (silakan!)
Allah akan marah kalau orang itu tak minta kepada Allah SWT,
Akan tetapi anak Adam bila di minta berkali-kali,
Dia yang akan marah!
Allah kalau tak diminta..marah!
Manusia kalau banyak diminta dia yang marah.
Allah suka kepada orang yang suka meminta kepada Allah SWT.
Di zaman satu khalifah Syam Bin Abd Malik.
Berada di masjid Nabawi beriktikaf,
Di hampiri oleh khalifah.
Kemudian ditanya oleh khalifah.
'Kamu ada hajat ke kepada saya,?'
Kata orang yang Arif itu mengatakan,
'Saya segan nak minta kepada awak sedangkan saya berada di rumah Allah SWT.
Zat yang Maha kaya,
Saya minta kepada makhluk malu saya nak minta!'
Kemudian ditunggu sampai khalifah keluar,
Orang yang arif ini pun tak lama keluar,
Didatangi balik oleh khalifah,
Khalifah suka kepada orang yang arif ini,
Kemudian ditanya balik,
'Sekarang kamu sudah berada di luar rumah Allah,
Saya tawarkan sekali lagi akan hajat kamu kepada saya,
Nak minta sesuatu ke daripada saya,.?'
Kata orang arif itu mengatakan,
'Kamu tawarkan kepada saya akan permintaan yang kamu akan penuhi adakah daripada permintaan akhirat ataupun daripada permintaan dunia?
Kata khalifath itu mengatakan,
'Kalau permintaan akhirat saya tak boleh bagi,
Bukan saya punya akhirat itu,
Kalau permintaan dunia saya boleh bagi,
Kerana saya punya dunia..'
Kata orang arif itu mengatakan,
'Kalau dalam hal dunia..kepada yang menciptakan dunia ini saya tak minta,
Apa tah lagi kepada kamu yang tak ciptakan dunia..!'
Jaga kehormatan iaitu tidak mahu meminta kepada orang lain walaupun terbuka peluang untuk meminta-minta,
Walaupun sebahagian daripada mereka pun kadang-kadang memerlukan,
Tetapi untuk menjaga kehormatan ini sendiri,
Adalah mereka itu diberi tanpa diminta..
Orang yang menjaga iffah (menjaga kehormatannya) tidak mahu mengangkat matanya untuk mempunyai, untuk memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain,
(Seorang sahabat bertanya:) 'Ya Rasulullah!, apakah amalan yang kalau saya buat, Allah sayang saya, manusia pun sayang saya?'
Kata Baginda Rasulullah, bersabda: 'Hiduplah kamu zuhud di dunia, yakni merasa cukup dengan apa yang Allah bagi, Allah suka kepada kamu!..Hiduplah kamu zuhud dengan apa yang dimiliki oleh orang lain, iaitu tak merasa dirinya nak memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain, tak merasa dirinya tak puas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain'
Tidak ada kepentingan di dalam bersahabat dengan orang yang lebih kaya itu menghendaki sesuatu daripadanya,
Zuhud lah kamu dengan apa yang dimiliki orang, manusia pun akan sayang kepada kamu.