"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Ini berkaitan hati,
Hati yang tiada dengki dan dendam,
Dan sifat yang tidak pernah menyakitkan orang lain atau pun menipu orang lain.
Yang ni penting,
Lebih penting daripada timbunan gunung amalan-amalan sunat,
Seribu kali lebih penting.
Akhlak yang baik,
Hati yang bersih itu lebih penting daripada timbunan amal soleh yang sunat.
Yang lain yang dilakukan yang dikejar oleh kita.
Sebab itu ada orang bila dia mempunyai hati yang keras,
Hati yang gelap,
Zalim! Walaupun dia menzalimi binatang,
Dalam masa yang sama dia adalah orang di kalangan ahli ibadah,
Kita mendengar bahawa Nabi kata,
Dia adalah ahli Neraka,
Dan kita juga boleh melihat dalam satu hadis lagi,
Peringatan ni supaya saya dan kita semua,
Pakat ingat,
Kita tak buat apa yang Nabi larang ni.
Satu,
Wanita yang mulutnya sering menyakitkan hati jiran-jiran yang lain,
Sedangkan dia seorang yang banyak beribadah,
Dia di kalangan ahli Neraka.