"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Dia tak kan dapat ganjaran itu,
Dia tak kan dapat,
Sebab dia hanya mengejar itu sahaja semata-mata,
Dia tak letak di atas sekali...
Iaitu lah Redha Allah!
Dia kena letak mengejar Redha Allah...
Dia jangan sebab tengok orang atas semua pakai kenderaan mewah,
besar..apa semua,
''Uish! Seronoknya!..Seronoknya..!''
Maka dia bukan lagi meletakkan Redha Allah yang paling atas..
Dia nak maksudnya,
''Ouh! kalau sedekah banyak boleh jadi macam depa ni jugak!''
''Aku boleh jadi mewah macam depa!..''
''Boleh jadi rezeki yang melimpah ruah..''
''Orang akan beli barang kita banyak!''
Lari lah niat dia sudah..lari!
Yang ni saya nak pesan kepada mereka-mereka yang berniaga,
Bersedekahlah kerana Allah! Yang itu satu,
Yang kedua,
Bersedekah kerana nak ikut Sunnah Nabi,
Yang Ketiga,
Niat nak bantu orang susah.
Yang tu yang lebih cepat diterima oleh Allah.
Jangan niat untuk..maksudnya lepas ni orang lebih banyak beli produk kita sebab kita Sedekah.
Jangan..!
Tuan-tuan tak kan dapat.!
Tuan-tuan tak kan dapat..!