"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Naik titi sirat tak tau plak wallahu a'lam berapa tahun pulak.
Nabi kata bila jalan ni ada orang kelajuan kilat,
Bila dia langkah kaki kanan...
Langkah kaki kiri dah duduk depan syurga dah.
Dan ada orang kelajuan kuda yang pantas,
Dan ada orang yang berlari..
Dan ada orang yang berjalan.
Ada orang yang merangkak dan ada orang yang menyulur.
Ada orang langkah je terus jatuh,
Allah SWT bentang titi sirat ni atas neraka,
Siapa habis lintas semua titi sirat..berjaya, masuk syurga lah dia.
Yang mana timbang amalan tadi ambil tangan kiri,
Dia tahu dah..
Dia naik atas titi sirat kejap lagi jatuh,
Cuma dia tak tahu mana nak jatuh,
Berdasarkan berapa banyak ketaatan dia, ketaqwaan dia kepada Allah.
Ada orang lepas setahun jatuh,
Ada orang lepas lima tahun baru jatuh,
Ada orang berjalan dua puluh tahun jatuh,
Jatuh pergi mana?
Bawah gaung bukan satu kilometer gaung,
Dan suasana titi sirat adalah hitam,
Sebab apa hitam...?
Sebab apa gelap?
Kerana titi sirat diletakkan di atas neraka jahanam,
Dan keadaan neraka jahanam adalah gelap,
Sebab tu titi tu gelap.
Maka ada orang wajah dia,
Anggota wudhu' dia bercahaya.
Maka dengan cahaya itulah menjadi pedoman bagi dia untuk menghabiskan perjalanan seorang diri dia di atas titian sirat yang maha panjang,
Sirat seorang..saya akan berjalan seorang,
Tuan-tuan akan berjalan seorang,
Lama perjalanan dia,
Nabi kata, ada orang cahaya dia cerah luas,
Ada orang cahaya dia sebesar ibu jari kakinya sahaja,
Kadangkala bercahaya dan kadangkala ada.