"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Kata orang miskin kepada Rasulullah,
"Wahai Rasulullah! Orang kaya ni senang, dia banyak dapat pahala, mereka solat macam kami pun solat, mereka berpuasa kami pun berpuasa, akan tetapi kelebihan orang kaya ini boleh bersedekah dengan harta yang mereka ada, sementara kami tak ada harta,"
Ini kecemburuan positif, yakni nak bersaing dalam kebaikan,
Tengok orang kaya puasa,
Tengok orang kaya bersedekah,
Tengok orang kaya solat,
Sementara orang miskin boleh puasa boleh solat,
Tapi tak boleh bersedekah kerana tak ada harta,
Maka Nabi bagitau,
"Bukankah Allah menjadikan untuk kamu wahai orang miskin amalan yang kamu diganjar, sama dengan bersedekah seperti orang kaya?."
Kata Mereka,
"Apa itu Wahai Rasulullah?"
Maka kata Rasulullah,
"Satu tasbih satu sedekah, satu takbir satu sedekah, satu tahlil satu sedekah, satu tahmid satu sedekah! Maka kamu kalau tak boleh bersedekah dengan harta kamu bersedekah dengan zikir. (Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahailallah, Wallahuakbar)"
Maka kaum fakir miskin seronok gembira, sebab apa?
Sebab dia boleh menyayingi orang kaya dengan bersedekah.
Tapi dengan tasbih dan juga berzikir kepada Allah SWT.
Orang kaya dengar orang miskin bersedekah dengan zikir,
Orang kaya pun berzikir juga...
Maka, orang miskin report balik kepada Rasulullah.
Kata Baginda Rasulullah,
"Ini adalah satu bahagian nasib yang Allah SWT sudah tentukan kepada segolongan manusia yang tidak ada pada yang lain, kalau semua orang kaya..siapa yang nak bekerja? Kalau semua orang miskin siapa yang nak bagi gaji!? Mestilah ada kelebihan pada segolongan dan kekurangan pada yang lain, kerana hidup ini saling melengkapi satu dengan yang lain. Kalau tak ada orang miskin, macam mana orang kaya nak bersedekah!?"