"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Bila empat (4) perkara ini berlaku,
Maka hendaklah kamu jaga diri kamu dan ahli keluarga kamu,
Pertama (1)
Kalau kamu nampak orang yang kedekut menjadi ikutan.
Dalam hal2 yang baik dia bakhil.
Tiada zakat dikeluarkan,
Tidak bersedekah, tidak dalam hal2 yang baik.
Tapi dalam hal2 mungkar,
'Berapa patut kita sumbangkan, kita bagi!
Kedua (2)
Dan hawa nafsu yang menjadi ikutan,
Tidak lagi mengedepankan rasionaliti,
Sebab lebih kepada hawa nafsu,
Samada masuk akal atau tak masuk akal,
Nombor sembilan,
Yang penting apa pun nak kena mesti dapat dengan apa pun cara.
Dengan cara halal ke, cara yang haram ke tak kisah!
Yang penting nak aku dapat!
Ketiga (3)
Dunia yang didahulukan berbanding akhirat,
Melihat kepada keduniaan serious,
Tapi akhirat nanti,
Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.
Akhirat di kebelakangkan,
Dunia di kedepankan,
Yang terakhir,
Kempat (4)
Bila orang sudah merasa syiok sendiri dengan pendapat nya sendiri.
Bila orang berbeza dengan dia dibantainya habis,
Macam dia dapat wahyu yang lain salah dia sorang je yang betul!
Bukan kah zaman kita sekarang macam tu?
Dia tak kisah apa yang dicakapkan yang penting subscriber dia banyak, followers dia banyak, itu saja.
Zaman sekarang zaman subscribers,
Zaman mencari perhatian netizen!
Bila empat (4) ini berlaku,
Kau jangan sibuk dengan apa yang berlaku kat luar dah,
Teruk sangat dengan apa yang berlaku kepada masyarakat!
Kerana setelah itu yang lebih dahsyat lagi akan berlaku,
Yakni yang akan datang ini bukan lagi lebih baik,
Yang akan datang ini lebih dahsyat lagi!!
Sehingga orang yang berpegang kepada agama umpama orang yang dia berpegang kepada bara API!
Yang hidup di zaman itu ganjaran pahala orang yang istiqmah 50 ganda daripada kamu.
Siapa kamu di sini?
Iaitu sahabat Nabi SAW,
Satu orang yang hidup di zaman itu balasan pahalanya 50 kali ganda diberikan oleh Allah SWT kepada para sahabat.
Betapa dahsyatnya zaman itu.
Wallahu a'lam.