Dalam hadis disebutkan anggota badan ini setiap pagi dia akan mengatakan pada lisan,
Wahai lisan! Kani semua ini ikut kamu! Kalau kamu lurus kami pun lurus' di belakang kamu, kalau kamu bengkok kita pun juga bengkok. (Kalau kamu melakukan perkara yang tak betul kami pun ikut bersama).
Siapa yang menjadi imam..? lisan!!
Kata baginda Rasulullah SAW berkata kepada Sayidina Muaz yang kita berada di Masjid Muaz Ibnu Jabal, kata Sayidina Muaz mengatakan:
"Ya Rasulullah! Adakah setiap kami akan dikira dan dihisab setiap kalimat yang keluar daripada mulut ini?"
Kata Baginda Rasulullah SAW: "Kamu tidak tahu ke? orang nanti di akhirat dicampakkan ke dalam neraka, mukanya terlebih dahulu2?"
Dalam riwayat yang lain kepalanya terlebih dahulu, sebabnya adalah mulut mereka, sehingga hukumannya di akhirat nanti yang di hukum adalah bahagian yang paling hampir dengan mulut.
Apa itu? Muka,
Sebab mulut berada di kawasan muka!
Orang boleh dihukum oleh Allah SWT kakinya dulu, boleh badannya dulu,
Tapi bagi mereka yang tak jaga mulut,
Mukanya dulu akan dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam neraka,
Nauzubillah!
Nabi SAW memberikan jaminan atau insurans,
Dan ini adalah insurans paling baik dari Nabi SAW.
Bagi yang mahu meletakkan insurans,
Insurans yang ada di dunia ini pun di akhirat esok akan dipersoalkan!
Tapi insurans Rasulullah, gerenti!
Apa kata Rasulullah SAW: "Siapa yang jaga di antara dua bibirnya atau dua mulutnya yakni lisan dan dia jaga di antara dua pahanya iaitu kemaluan, aku jamin dia masuk Syurga!"