Sumber: ytube
Kelebihan Berlapar, sebagaimana yang disebut oleh Imam Al Ghazali rahimahullahu taa'la. Yang dicatat oleh Syiekh Abd Kadir bin al Mutolib bin al Mandili dalam kitab penawar bagi hati.
Maksud kelebihan berlapar ni ialah jangan membiasakan kenyang saja, bukan tak boleh makan, bukan membiar lapar, maksudnya orang yang tak terlalu tamak dengan makanan.
Tubuh badan kita ni bukan nak sentiasa kena 'feed' saja. Kita ni makan bila waktu badan kita memerlukan kepada makanan saja. Bukan waktu kita teringin nak makan. Ada beza tak tuan tuan?
Kita sekarang ni kita makan pada waktu kita teringin nak makan. Sepatutnya kita makan pada waktu badan kita memerlukan kepada makanan. Sebab tu Nabi SAW ajar kita dalam bab makan ni, 'Makan bila lapar'.
Bila dah rasa lapar, bermaksud tubuh kita dah mintak untuk makan. Maka kita bagi lah makan. Lepas tu adakah kita makan sampai tak ingat dunia? Tidak. Kita makan, berhenti sebelum kenyang.
Nabi SAW ajar, dalam perut kita ni kita bagi ada 1/3 air, 1/3 makan, 1/3 nafas. Kita 3/3 air, 3/3 makan, lepas tu nafas tak da, hu ha hu ha, tercungap².
Maksudnya, kita makan tapi kita makan tak menepati sunnah. Sebab tu kita tak sihat.
Kelebihan berlapar seperti berikut:
1. Menyebabkan hati menjadi nipis sampai membuatkan seseorang itu rasa lazat dan rasa nikmat dalam ibadah.
2. Menyebabkan seseorang itu cerdik hati, mudah hadam ilmu, kerana kenyang itu menyebabkan bodohnya hati.
3. Memecahkan keinginan mengerjakan maksiat, mengerasi atas nafsu yang sangat menyuruh dengan kejahatan.
Bila kita terlalu makan, banyak makan sampai perut kita sentiasa kenyang, ia akan menambahkan keinginan dan nafsu kita untuk melakukan kemaksiatan.
Lagi jaga perut lagi kita sumbat, nafsu akan menjadi sentiasa menyuruh kita kepada kemaksiatan.
Kita kurangkan makan, kita jaga perut kita daripada terlalu banyak makan, dia akan menipiskan dan menghilangkan nafsu kita untuk mengerjakan maksiat.
Kata para hukama' (orang² ahli hikmah): "sesungguhnya hawa nafsu adalah sesuatu perkara yang hina dan orang yang dikalahkan hawa nafsu samalah keadaannya dikalahkan oleh kehinaan."
Hawa nafsu ni adalah suatu benda yang hina, orang yang dikalahkan oleh hawa nafsunya maka orang yang dikalahkan oleh kehinaan.
4. Ringan tubuh bagi sembahyang tahajjud dan mengerjakan ibadah.
Nabi saw mnyebut dalam sebuah riwayat: "siapa yang bangun pada malam hari berqiamul lail dengan membaca 10 ayat al quran, akan dituliskan baginya pelepasan dan pembebasan dari golongan ghofilin, terkeluar dari kelompok orang yang lalai."
Sifat orang yang lalai itu, dia bangkit sehari tu dia langsung tak ingat mati.
Kalau kita ada sifat bangkit sehari tu, 'isy, kalau aku mati macam mana eh? Kalau aku mati macam mana eh?'
Itu maksudnya, sungguh² risau dan takut mati.
Mati ni, bukan tunggu sakit mati. Tiba² mati, tak da sakit apa. Tuan² terdengar mati itu mati itu, tak kira lah orang yang kemalangan di jalan lah, macam² cerita lagi. Dalam banyak tanda² mati Allah bagi setiap hari kita langsung tak terfikir, kalau sekejap lagi 'turn' aku pulak macam mana.
Bila orang yang selalu ingat mati ni nak tau dia jadi apa, paling kurang dia solat sunat tahajjud. Takut hari ni la hari last aku tahajjud.
Dia jaga solat diawal waktu takut nanti dihujung waktu dia mati dulu sebelum dia sembahyang.
Paling kurang dia baca al quran satu muka kalau hari ni hari last, aku ada baca quran walau sikit.
Dia harap jugak dia sedekah dengan harap² Allah panjangkan usia dia.
Tau kenapa dia buat semua² kebaikan² tu?
Dan agak² dia akan masuk panggung wayang tak kalau dia ingat mati hari tu?
10 ayat saja tuan² istiqmah baca tiap² pagi, tiap² malam bila kita qiamullail, Allah akan cabut keluar daripada kita ni satu rasa/ sifat dipanggil lalai.
Nabi SAW menyebut: "Siapa yang bangun malam baca 100 ayat akan dituliskan baginya dari kalangan orang² yang taat"
Qonitin ni maksudnya orang² yang taat. Apa Allah suruh dia taat, apa yang Allah larang dia tinggal semua.
Siapa yang bangun malam hari baca 1000 ayat. Kalau nak ambil juzuk 29. 2 juzuk. Dari surah al-Mulk hingga surah an-Nas. Dapat 1000 ayat.
Nabi SAW menyebut:" Siapa yang beramal dengan 1000 ayat ni akan dituliskan dia daripada golongan muqontirin"
Siapa muqontirin ni? Hidup dia apa dia buat semua Allah bagi pahala. Perjalanan hidup dia tu dalam keadaan Allah bagi pahala pada dia. Dia tak kan buat sesuatu yang bagi rosak dekat dia. Sebab hidup dia dalam bimbingan Allah.
Sesuai dengan hadis Nabi SAW, "Bila Allah cinta pada seseorang itu Allah lah yang akan jadi matanya dengan mata itu dia melihat, Allah menjadi telinga dia dengan telinga itu dia mendengar, Allah menjadi tangannya dengan tangan itu dia memegang, Allah menjadi kakinya dengan kaki itu dia berjalan"
Maksudnya hidup dia perbuatan dia semuanya dalam bimbingan Allah dipanggil orang muqontirin.
Tuan² tau sebab susah apa pada waktu² qiamullail, waktu tahhajjud ni? Sebab banyak makan.
Patutnya orang islam lepas pukul 10 malam tak duduk dah dekat kedai² makan. Timing 'Diner' makan malam paling cantik ialah sebelum waktu maghrib. Sebab kita ada masa yang mencukupi beberapa jam sebelum tidur.
Contoh kita makan pukul 7pm, kita ada 8,9,10,11 lepas tu kita tidur, at least ada 4 jam tuk perut kita ni proses apa benda yang telah kita makan.
Bila kita tidur dalam keadaan perut masih belum tercerna dengan baik, maksudnya makan itu tidak tercerna lah. Nanti ada lah lebihan lemak, reflak gas kita push ke atas sebab tu kita akan rasa heart burn, rasa pedih ulu hati bila bangun pagi².
Kesan itu tanda proses pencernaan yang tak sempurna. Maksudnya bila kita tidur makanan tak tercerna dengan baik. Kalau lapar makan makan ringan.
Jadi kita faham pada hari ini, menjaga pemakanan ni, dia turut mempengaruhi ibadah kita.
Bukan nak jadi kurus dengan tak makan, nak jadi kurus badan makan dengan betul. Tu baru betul.
Kalau dapat badan dah cantik sedap je, bila dah berat, nak bangun pun susah, nak buat kerja pun malas, nak beribadah pun susah, sebagainya.
5. Hilang mengantuk yang menegah ia daripada beribadah.
Makan banyak memang mengantuk. Sebab perut kita ni menarik segala tenaga dalam badan kita ni untuk membantu proses makanan yang berat dalam badan kita. Contoh makan pulut jadi mengantuk. Sebab pulut tu berat, susah nak proses.
Ada seorang sahabat Nabi SAW. Sahabat Nabi SAW tu namanya Abu Talhah. Ramai sahabat Nabi yang rajin puasa.
Kalau kita nak rajin sangat puasa, puasa selang sehari. Macam puasa Nabi Daud A.S. Cantiknya jaga puasa, sebulan tiga hari.
Kata Abu Hurairah R.A, Nabi SAW berpesan padanya, dan dia tak tinggal pun puasa tiga hari dalam sebulan.
Jom kita cuba. Azam kita nak puasa sebulan tiga hari. Dua orang angkat, yang tak angkat puasa lebih tiga hari.
'Adjust' puasa isnin dan khamis saja. Tapi kalau nak puasa tiga hari berturut² pun kalau boleh buat, hari putih namanya. 13hb, 14hb dan 15hb. Atau 'adjust' lah mana² nak dapat sekurang² nya sebulan tiga kali puasa.
Nabi SAW berpesan pada Abu Hurairah dan itu yang diamalkan oleh beliau.
Seorang sahabat Nabi yang rajin puasa bernama Abu Talhah dan masuk Islam selepas Nabi SAW hijrah.
Kenal tak kepada Ummu Sulaim.? Ummu Sulaim ialah mak Anas bin Malik R.A. Waktu Ummu Sulaim kehilangan suaminya (meninggal dunia). Abu Talhah datang tuk meminang Ummu Sulaim. Ummu Sulaim ni terkenal antara wanita yang cantik. Anas Bin Malik pun ada di waktu tu. Lalu Abu Talhah pun berkata pada Ummu Sulaim, "wahai Ummu Suaim, saya datang ni berhajat untuk meminang kamu menjadi isteri saya". Apa kata Ummu Sulaim, "Saya boleh saja nak terima tetapi ada satu perkara yang menghalang untuk kita berkahwin." Abu talhah, "Apa dia? "Kekafiran kamu". Abu Talhah waktu tu belum islam. Abu Talhah, "Jadi macamana kalau saya nak kahwin jugak?!" Ummu Sulaim, "syarat kamu tak perlu bawa emas, kamu tak perlu bawak perak untuk jadi mahar/mas kahwin nak kahwin dengan saya, syarat mas kahwin dia ialah kamu masuk islam." Abu Talhah,: "Macam mana saya nak masuk islam?" Ummu Sulaim, "saya sendiri pun boleh islamkan kamu." Yang mengislamkan Abu Talhah ialah Ummu Sulaim.
Bila dia masuk islam akhiranya mereka pun berkahwin hingga kecoh kepada para sahabat dan Nabi SAW kata, 'Mahar paling mahal dalam Islam, mahar paling mahal dalam dunia waktu tu ialah mahar nya Abu Talhah kepada Ummu Sulaim. Iaitu mahalnya mahar akidah islam, MASUK ISLAM.'
Bila dia masuk islam, dia berdamping dengan Nabi SAW, Nabi pergi ke mana pun dia pergi. Nabi berperang ke mana pun semua dia pergi. Sampai tak de perang apa² pun dia boleh duduk bersila saja di depan Nabi, dia berkata," Ya Rasulullah, tak de apa² nak buat biarlah tubuh saya ni menggantikan kamu pada pandangan ni, sampai ke tahap macam tu, dia nak jadi macam bayang je, tak berenggang dengan Nabi SAW.
Sebab tu bila ada orang yang nak masuk islam bagi dia masuk dulu. Atas sebab apa sekalipun. Sebab perancangan Allah lagi hebat. Sebenarnya Allah susun mereka tuk masuk islam sebab Allah nak bagi kelebihan untuk menjadi orang islam. Sebab tu kata Nabi SAW, "bagi saja apa pun jalan untuk ajak orang masuk islam, kadang² dilebihkan harta², rumah², bagi saja. Hadiah² dan sebagainya, dengan harapan supaya orang masuk islam.
Abu Talhah dapat masuk islam sebab nak kahwin dengan Ummu Sulaim. Tapi dia menjadi seorang sahabat yang sangat hebat.
Subhanallah. Sampai ke tahap Nabi SAW wafat, dia masih berkhidmat dengan Abu Bakar R.A. Berperang dengan Abu Bakar R.A. Apa saja perang yang dialui oleh Saidina Abu Bakar dia pergi ikut sekali. Saidina Abu Bakar wafat, naik Saidina umar, 10 tahun saidina Umar memerintah. Bahagian mana saidina Umar perang dan suruh, dia pergi, bayangkan waktu tu usia dia waktu tu dha berapa?
Nabi SAW dah wafat, saidina Abu Bakar dah wafat, saidina Umar sampai habis zaman dia, saidina Umar pun wafat, dia masih hidup lagi, sampai zaman saidina Uthman R.A.
Dalam zaman Saidina Uthman dia dah sangat tua dah. Tiba² waktu tu saidina utham bagi tau hari tu, kita akan melancarkan perang dengan melalui lautan. 'Kali ni kita perang kita keluar ikut laut!'
Dia lah paling awal sekali. 'Saya..saya nak keluar'. Tua dah. Lalu anak² dia kata apa?. Ayah dah tua tak payah lah ayah, ayah duduk di rumah biar kami ganti." "Taak!, Allah kata sebut dalam Al Quran, kekuar berjihad waktu kamu senang, waktu kamu susah, ni waktu aku ni aku nak keluar!"
Dia keluar dalam keadaan dia sangat tua tuan², keluar pergi perang bukan takat ikut darat, dia pergi naik kapal sedangakan bukan biasa sangat ke laut perang di laut. Tuan² Allah SWT, dia meninggal. Dia meninggal dalam keadaan dia sedang berpuasa. Di mana? Atas kapal.
Nak dijadikan cerita, Allah nak tunjukkan kemuliaan orang yang rajin puasa ni, ialah 6, hingga 7 hari mereka cari di darat untuk tanam untuk kebumikan jasad dia, tapi dia ada masih di tengah laut tak berjumpa. Allah nak tunjuk kekuasaan Dia. Tubuh Abu Talhah sikit pun tak terjejas macam orang sedang tidur nyenyak sedangkan dia telah pun wafat dah meninggal 7 hari tuan². Tak da busuk tak da apa, jasad tak berubah sikitpun,
Kemuliaan bagi orang rajin puasa. Kita ni nak puasa bukan sebab nak tu, tapi orang yang rajin puasa ni memang orang yang mulia tuan².
Sebab tu Allah bagi dalam syurga tu satu pintu. 'Innafil jannah babun' sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu. Namanya Ar-Rayyan. Siapa yang puasa akan masuk pintu syurga ni. Kata ahli ulama mufassirin yang mensyarahkan al hadis ni, masuk pintu syurga tu, pintu tu duduk dalam syurga dah. Orang puasa je akan masuk, bila masuk orang puasa, pintu akan ditutup dan tidak akan dibuka kepada yang selain daripada dia. Maksudnya orang yang puasa ni dia dah dapat dah kemuliaan duduk dalam syurga, lepas tu dapat kemuliaan lagi masuk pintu dalam syurga yang dikhususkan untuk orang yang rajin berpuasa.
6. Memadai dia rasa sedikit dari harta dunia.
Bila kita kurang makan ni, harta sikit pun dah memadai untuk kita. Sebab nak makan banyak nak kena ada harta banyak.
Tuan² yang tak biasa makan yang mewah² mungkin tak berasa macam mana keinginannya untuk makan benda mewah. Tapi dia akan mula dengan makan banyak.
Tuan² biasa jumpa tak ada orang yang akan 'travel' jauh mana² saja semata² dia nak cari makan. Di mana restoran bagus, sedap, semua dia tau, maksudnya dia 'try' semua. Nak try semua bukan dengan modal air liur. Lagi sedap lagi mahal, lagi 'special' lagi mahal, nak makan banyak tempat nak kena belanja banyak, nak belanja banyak kena ada harta yang banyak, ada harta yang banyak kena kerja banyak, nak kerja banyak, habis waktu kita semua tumpukan untuk mencari harta. Waktu tu kita mula meninggalkan ibadah. Sampai ke tahap nak dapat harta yang banyak kita terpaksa ambil juga daripada yang haram, sekadar untuk memenuhi pengakhirannya kita nak makan.
Kita orang islam ni jangan lupa ada suatu tempat yang kita akan makan sepuas² nya. Kita akan masuk syurga nanti dan akan makan apa saja yang kita nak makan.
Setiap satu suapan lagi suap lagi sedap lagi suap lagi sedap, tiada benda tu dekat dunia. Apa saja dekat dunia ni takkan boleh tandingi apa yang ada di sana.
Dalam bab makan ni kita kena warak skit. Kalau ada dua orang masak, kawan ni masak baca bismillah je, kawan tu masak tak baca bismillah. Ada beza tak pada rasa dia.? Ada. Kut kawan ni 'terror' masak sedap lagi. Kut kawan ni tak 'terror' masak tak sedap. Tapi ada satu yang lebih hebat lagi daripada rasa, iaitu Berkat.
Orang islam dia menyakini, ada satu benda yang mesti ada dalam hidup dia yang nama berkat.
Berkat ni dia ziadatul khair, bercambah kebaikan. Jadi dengan sebab makan hasil berkat ni ia menjadi manfaat untuk dia dunia dan akhirat. Apa saja, air berkat, makan berkat. Bukan nama restoran berkat. Berkat tu jadi kebiakan dunia akhirat. Sekadar dengan satu bacaan je. 'Bismillahirrahmanirrahim'.
Kalau dalam 'bismillah' pun boleh membezakan keberkatan makanan, apatah lagi kalau makanan kita dimasak oleh orang yang syirik kepada Allah.
Tadi sama² orang islam, baca 'bismillah' dan tak baca. Yang kawan syirik ni bukan takat tak sembahyang, tapi sembah berhala. Pagi² lagi dia sembah berhala. Pegang colok ke apa. Kemudian dia masak nasi goreng kita, dan kemudian makan nasi goreng dia. Halal atau tidak untuk dimakan? Kalau tiada benda haram, halal dimakan. Tapi kita tak warak. Kita makan benda haram dan kita tak tau itu haram (tak sengaja). Kata imam ghazali, dia tak berdosa tapi dia umpama, kita minum racun yang kita tak tau itu racun. Ada kesan.
Contoh balik² rumah tengok dekat depan ada air macam coca cola. Kita pun sedapnya minum 'bismillahirrahmanirrahim' mengapa rasa pahit semacam. Tengok² cap tengkorak!'
Berdosa ke? Saja nak bunuh diri ke? Tidak. Tapi racun itu tetap akan merosakkan tubuh badan dia. Macam tu lah tuan² kita makan benda haram, yang kita tak tau itu haram, ia tetap akan memberi kesan pada hati kita. Rasa tak sedap, rasa tak khusyuk.
Siapa yang akan selamat dari jadi macam ni? Iaitu orang yang jaga makan dia. Tidak tertarik kepada viral² sana sini. Kalau ada yang viral tempat makan yang sedap² dia pergi sebab orang yang viralkan tu pernah pergi tempat tu. Dia pun pergi. Maka dia dipanggil orang yang tidak warak. Jadi bila jadi kes² macam ni, diri pun berkata 'Alhamdulillah aku terselamat'.
'Imam As syafie mengatakan jika kamu mempunyai jiwa yang qanaah (rasa cukup) maka kamu dan raja dunia sama saja.'
'Muhammad bin humaid berkata, berasa cukup lah nescaya kamu akan hidup tenteram.'
Belajar bagi rasa cukup, kalau kita rasa cukup je maka hidup akan rasa tenteram. Tak de sibuk hal benda lain.
'Muhammad bin Mukandir berkata, qanaah itu adalah harta yang tidak akan berkurang.'
Jadi, kita belajar hari ni kita belajar tuk kita kurang makan bukan tak makan.
Kita belajar tuk berpuasa sunat, semoga Allah beri kita kekuatan untuk kita rajin puasa sunat. InsyaAllah.
Semoga kita berpuasa, kita boleh kurangkan sikit makan kita, kita 'adjust' 'timing' makan. Tunggu kita lapar sikit baru kita makan. Bukan tunggu ikut sedap kita je nak makan.
Dan dengan rajin berpuasa semoga antara tanda yang akan kita dapat ialah semakin ringan mengerjakan ibadah apatah lagi berqiamulail.
Wallahu a'lam.