Sumber: ytube
1. Minum banyak air
Air adalah satu unsur yang sangat² hebat yang Allah dah jadikan. Hampir semua masalah dan benda berkait dengan air. Kalau pergi jumpa doktor, try batuk, doktor akan cakap, you kena banyak minum air. Tapi air yang dimaksudkan bukan air gas, bukan air red bull tapi adalah air yang betul² air kosong. Air yang terbaik adalah air yang dah dirawat. Kalau rumah ada penapis air, pakai penapis air, tak kisah jenis penapis air apa, yang penting ada penapis air sebab kalau tak pakai penapis air, akan ada macam² keladak, batu pun ada kekadang, binatang pun ada. Dan minum air ni bukan setakat satu gelas, bukan dua tiga gelas, tapi lapan gelas, minimum. Nak lagi sihat minum banyak lagi.
2. Minum minuman panas
Air panas adalah minuman yang bagus. Tapi air panas yang dimaksudkan adalah air panas yang tiada berkafien. Air panas yang berkafien stop dulu bukan sekarang, lepas sihat baru boleh minum. Dan dicadangkan minum air coklat panas. Ada kajian mengatakan coklat panas antara yang paling berkesan dan effective untuk menyelesaikan masalah selesema dan hidung berair. InsyaAllah boleh berkesan jika diamalkan. Kalau tak suka coklat panas boleh cuba option lain. Boleh cuba teh 0 panas, barli panas. Asalkan air panas.
3. Wap muka
Wap muka adalah benda paling simple. Tak perlu pergi spa. Dekat rumah pun boleh. Dalam satu dua minit dah boleh prepare. First cari periuk. Isi air dan panaskan sampai dia keluar stim. Bila dah keluar stim kemudian tadah lah muka di situ sampai rasa selesa. Kalau dah rasa panas sangat tariklah. Jangan biar di situ, melecur cair nanti muka. Kalau dah rasa panas, biar rehat dulu bagi reda kemudian sambung balik. Sebab dia bukan setakat tuk selesema, tapi untuk air panas ni untuk masalah jerawat pun boleh. Kulit akan jadi lebih lembab dan lagi lembut.
4. Mandi Air Panas
Rumah anda kalau ada heater, anda amalkan pakai air panas tu. Kalau ada heater tapi tak pakai rugi jugak. Pagi petang pakai air panas. Air panas ni bagus. Infact orang tu baru bersalin dalam pantang pun dia mesti mandi air panas. Sebab dia tak nak badan orang tu lesu dan masuk angin. So air panas sangat sangat bagus. Jadi you all cuba mandi air panas sekerap mungkin kalau boleh tiga kali sehari, kalau tak boleh, dua kali sehari. So amalkan mandi air panas supaya badan you akan jadi lebih segar. Dan masalah hingus ataupun hidung berair ni boleh selesai cepat.
5. Jangan makan pedas
Bila dah selesema, hidung berair, jangan lah makan pedas. Memang sekarang macam² ada. Satu kali pedas, dua kali pedas, tiga kali pedas, 10 kali 100 kali pedas pun ada. Jadi jangan makan makanan pedas. Kalau makan makanan pedas ia boleh lagi menggalakkan hidung berair dan berselsema. Jadi tolong elakkan makanan pedas supaya selesema hilang.
6. Sapu minyak
Cari apa² minyak dan sapu dekat hidung, dan dada sekali dan belakang. Sebab ini adalah tempat² yang biasa yang menyebabkan kita selesema. Jadi you amalkan sapuan tu pagi sekali, petang sekali, malam sekali, insyallah kita akan nampak kesannya. You cuba minyak apa² pun boleh.