SEMBAH IBLIS: "Iaitu apabila lelaki dan perempuan yang tiada mencukur atau mencabut atau tiada menggunting bulu ari -ari (bulu yang tumbuh di sisi kemaluannya) yang telah sampai 40 hari lamanya maka duduklah hamba mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ demikian lagi tempat hamba bergantung dan berbuai iaitu pada bulu ketiak orang yang tiada mencukur atau mencabutnya."
SEMBAH IBLIS: "Iaitu orang- orang yang tertidur tertiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh, maka ia tidur pula tiada segera sembahyang subuh, maka hamba uliti akan dia hingga lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada zohor, asar dan maghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas mengerjakan sembahyang." Apabila hendak tidur bacalah Bismillaahir rahmaanir rahiim 21 kali."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Dengan apa jalan yang membinasakan engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang lain, membanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarus al- Quran dan sembahyang di waktu malam."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Apa pula yang dapat memecahkan mata engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu orang yang duduk di masjid dengan kerana Allah serta beriktikaf di dalamnya."
SOAL NABI SAW: "Hai iblis! Apa lagi yang dapat memecahkan mata engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu orang yang taat kepada kedua ibu bapa dan mendengar kata keduanya dan membantu makan pakainya kerana tuan hamba telah bersabda: Bermula syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu bapa."
SOAL NABI SAW: "Hai iblis! Apa pula yang merantai akan engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Yang dapat merantai akan daku iaitu orang- orang yang berjual dengan betul timbangannya, sukatannya, ukurannya dan tukarannya."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain betapa hal engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Apabila bertemu antara dua orang di tengah perjalanan dan memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun-ia dan sahabatnya-yakni apabila berpisah keduanya."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Siapa pula sahabat yang hampir kepada engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Sahabat yang paling hampir kepada ku adalah orang- orang yang meminum arak atau tuak atau candu atau ganja kerana merbahayanya boleh membawa kepada pecah belah dan perkelahian dan penceraian."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan- perempuan muda maka hamba duduk pada leher perempuan- perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik hati di antaranya dan apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak- gerak yang membangkitkan nafsu baginya dan manakala dipandang hadapannya hamba hiaskan dadanya dengan bergerak- gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya lalu hamba panah tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak- gerak keinginan nafsu syahwatnya. Bermulalah orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara ia akan farajnya dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia akan terpelihara imannya."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Di mana tempat engkau diam?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu pada rumah- rumah berhala dan pada mana- mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila menyembah mereka itu maka hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah- tambah yakin pada pekerjaannya yang syirik. Beberapa banyak umat tuan hamba yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu itu menunjukkan sangat tipis imannya."
SOAL NABI SAW: "Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"
SEMBAH IBLIS: "Iaitu tiap- tiap rumah wayang dan tempat hiburan hiburan dan seumpamanya seperti tempat campur pemuda pemudi. Itulah tempat perhimpunan hamba."
SOAL NABI SAW:"Hai Iblis! Aku lihat engkau hendak mengintai- ngintai dalam masjid, apakah yang engkau buat?"
SEMBAH IBLIS: "Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang sembahyang di situ tetapi hamba sangat takut kepada orang yang tidur di situ.
Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, maka mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu."
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Tidur orang alim itu lebih baik daripada ibadah orang yang jahil seperti 1000 orang beribadah dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah syaitan menganggunya, tetapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah bagi syaitan hendak menggodanya.
"