Sumber: Ytube
Tatkala mana datangnya perasaan yang buruk dalam jiwa kita, kita tutup cepat² benda yang kotor ni.
Bagaimana kita nak tutup?
Yang PERTAMA
Sebut..'Astaghfirullah hal 'aziim'
Baru je datang perasaan yang buruk dalam jiwa kita, istighfar terus. Astaghfirullah hal 'aIim.
Kadang² ibu² kita kalau sekiranya dia nak marah pada anak² dia, mulut dia cepat istighfar, Astaghfirullah hal 'a ziim.
Baru je nak sebut perkataan yang buruk ni pada anak, nak sebut benda yang tak baik pada anak. Dia geram kadang² ibu yang tension sangat dengan anak2, tambah² cuti sekolah ni. Lagi senang nak tension. Nak sebut, dalam keadaan macam ni ni (cuti sekolah), ibu² naik tension dengan fael anak nya. Nak mengurus rumahnya dengan fael suami lagi dengan fael jiran lagi dengan fael yang banyak lagi ni, tension.
Tengah² tension tu jangan bagi syaitan masuk jangan. Nak tutup syaitan masuk itu dengan ape dia? Mulut kita sebut astaghfirullah hal 'a zim. Istighfar menunjukkan, seseorang menutup ruang untuk buruknya hati nya tadi, dia akan jadi suci.
Yang KEDUA
Yang kedua sebut kaffarah. Kaffaratul majlis.
Kaffaratul majlis ni,
Rasulullah saw ajar pada diri kita. Turun je kenderaan sendiri sebut,
'Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu al la ila ha ill la anta, astaghfiruka wa atu bu ilaik.'
Selesai je majlis sebut zikir ni. Jumpa dengan kawan juga sebut. Zikir ini menutup kekotoran jiwa pada kita.
Yang KETIGA
Mulut kita ni sebut,
'Hasbiallahu wa nikmal wakil, wala haw lawala quwata illa billahil 'aliyil 'aziim'
Mulut kita ni ajar pada diri kita, tiapkali berlaku sesuatu benda yang tak baik pada diri kita supaya tak masuk syaitan dalam jiwa kita ni, sebut lah zikir ni..atau sebut zikir,
'Hasbiallahu wanikmal wakil, nikmal mau la, wa nikmannasir.'
Ni tanda nak bersihkan jiwa.
Kemudian bagaimana nak bersihkan lagi jiwa. Sebut lagi,
'La ila ha ill lallah Muhammad Rasulullah.'
Mulut kita kalau tak boleh sebut yang lain pun, sebutlah,
'La ila ha illallah Muhammad Rasulullah, fi kulli lam hatin wanafasin bi adadama wasi ahu ilmullah.'
Kita juga boleh sebut,
'La ila ha ilallah..Wallahu akbar..'
'La ilaha ilallah Muhammad Rasulullah'.
Kalimah ni yang menyebabkan gugur dosa2 yang menyebabkan terhapus segala ruang² syaitan yang nak masuk dalam jasad kita ni.
Wallahu a'lam.