Nama zikir ini ialah Sayyidul Istighfar.
Jangan lupa mengamalkan membaca zikir ini 3x di waktu pagi 3x di waktu petang:
اَللهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ
Sesiapa yang mengamalkan Zikir Sayyidul Istighfar ini, sekiranya berbetulan pada hari tersebut ia meninggal dunia maka ia akan masuk syurga. Dengan syarat hatinya harus yakin.
............
Dari Buraidah R.a, Nabi S.a.w bersabda, yang bermaksud: "Siapa membaca di kala pagi dan petang:
اَللهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ
Maksud:
'Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, yang tiada Tuhan selain Engkau, yang menjadikan aku, dan akulah seorang hamba-Mu, akulah dalam janji dan ancaman-Mu, apa yang aku mampu, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu kepadaku dan aku kembali dengan dosaku, maka ampunilah aku sebab tidak ada zat yang akan mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau'.
Lalu jika ia mati pada hari itu atau malamnya, nescaya ia masuk syurga."
(Hadis Riwayat Ahmad, abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Wallahu a'lam..