Mati merupakan tabi'i bagi setiap yang hidup.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksudnya: "Setiap yang hidup akan merasai mati, kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan".
(Surah Al-Ankabut: 57)
● Layu kedua telinga dan hidungnya;
● Keluar peluh yang berlainan (besar-besar, biasanya berwarna kuning). Semasa ini disunatkan supaya ditalqinkan dengan kalimah syahadah dan dibacakan surah Yaasin kerana pesakit sedang nazak;
● Terdapat tanda² kekejangan pada seluruh badan. Ini dapat dilihat semasa pesakit nazak ketika roh telah bercerai dari jasad;
● Berkeadaan bongkok serta berwarna biru hujung kaki dan hujung tangan serta menyising bibirnya:
● Rapat tulang belakangnya, yakni tulang pinggang ke lantai (mayat terasa sejuk dan keras kaku)
● Menanti dengan tenang.
● Membaca surah al-Fatihah, Ikhlas dan Yaasin untuk disedekahkan kepada si mati.
● Membaca Tahlil secara berjemaah bersama ahli keluarga.
● Lebih afdal waris terlibat dalam segala pengurusan jenazah.
● Tidak membuat bising atau bersembang perkara yang sia².
● Kedudukan pesakit di atas lambung kanan, menghadap kiblat;
● Baring terlentang muka, kedua kaki menghadap kiblat, tinggikan sedikit kepala jenazah agar dada menghadap kiblat;
● Sunat duduk di kepala atau berhampiran pesakit dan meribakan pesakit—mudah komunikasi;
● Membisikkan kalimah syahadah atau perkataan Allah dengan lembut, tenang dan berterusan agar pesakit mampu melafazkannya;
● Galakan membaca surah Yaaain, Ar-Ra'd, do'a Surah Ali Imran ayat 7-8;
● Menyapu air ke muka pesakit dan titiskan sedikit air ke mulut pesakit (kapas) atau sapu di atas mulut pesakit.
● Bersangka baik kepada pesakit.
FirmanNya:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
" (Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali".
(Surah al-Baqarah: 156)
● Bersabar bagi waris yang kehilangan ahli keluarga;
● Melangsaikan hutang si mati dengan kadar segera;
● Boleh mencium si mati (mahram) dan menangisi dengan sekadarnya (tidak melampaui batas);
● Saudara-mara/jiran terdekat membantu menyediakan makanan bagi kenduri waris si mati;
● Keutamaan waris/ wali menguruskan jenazah;
● Segera menguruskan jenazah;
● Amalkan doa kesudahan hidup yang baik dalam keredhaanNya;
● Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghadiri jenazah hingga disembahyangkannya mendapat pahala satu qirat. Dan sesiapa yang menyertainya sehingga ke kubur maka mendapat pahala dua qirat. Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah dua qirat itu? Nabi bersabda: SEBESAR DUA BUKTI YANG BESAR-BESAR".
(Riwayat Abu Hurairah)
● Merasa kesal/ meraung-raung/ meratap- budaya jahiliyah;
● Amal perkara khurafat
● Kenduri yang mengakibatkan waris kesempitan wang (khuatir termakan harta anak yatim, harta si mati-hak faraid);
● Mengumpat/ bersenda gurau/ bercakap mengenai keburukan si mati;
● Tidak redha dengan takdir Allah SWT
● Tutup matanya dengan do'a: "Bismillahi 'ala millati Rasulillah Saw"; Jika terbuka, sapu minyak dan usap dengan perlahan;
● Salin pakaian si mati dengan lemah lembut, buka perhiasan dan jaga auratnya;
● Tutup seluruh tubuh si mati dengn kain bersih;
● Letakkan jenazah di tempat tinggi katil;
● Lembutkan sendi si mati (boleh jika gunakan minyak)- lembut/ mudah dimandikan;
● Ikat dagu dan pergelangan kaki- elak ternganga, air dari mulut keluar, serangga;
● Meletakkan kedua belah tangannya atas dada - tangan kanan di atas tangan kiri (seperti dalam solat);
● Sunat letakkan sesuatu yang keras atas perut- elak masuk angin, elak fitnah (jangan letak al- Quran dan Hadith)
● Memaklumkan kematian kepada waris, saudara, jiran dan lain-lain.
● Memandikan
● Mengkafankan
● Menyembahyangkan
● Mengebumikan
● Keutamaan menguruskan jenazah ialah waris si mati.
1. Berniat:
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ/ هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً/ إِمَامًا للهِ تَعَالَى
"Sahaja aku sembahyang atas jenazah lelaki/ perempuan ini empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum/ imam kerana Allah Taala".
2. Empat takbir termasuk Takbiratul Ihram
3. Membaca surah Fatihah selepas takbir yang pertama dan tidak disunatkan membaca doa iftitah.
4. Membaca selawat Nabi Muhammad SAW.
5. Membaca doa (ringkas) ke atas mayat:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Maksud: "Ya Allah ampunilah baginya, rahmatilah, 'afiatkanlah, maafkanlah dia".
6. Salam