Rasulullah saw bersabda:
"Setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka."
Yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah tidak diampunkan bagi yang mendedahkan perbuatan maksiat mereka.
Serasa nak tutup seluruh akaun media sosial aku sekarang..huuhu.
Fuh seluruh. Macamlah retis banyak banyak akaun media sosial. Hahax. Hemm..senang citer..henfon ni jangan ada terus. Perrgh! Kerana salah dosa seketol. Henfon jadi merana. Apelah lagi bagus kawal diri jangan post begitu dan beginian. Khaan.
Rasa nak ke marikh. Kat situ compom tara ada line. Sangat membantu. Hah. Pakai u mobile. Kat sini tak de line. Fuh!sampai camtu sekali tahap pengawasan diri. Huhu.
......
Betapa aku sebenarnya khuatir kalau mendedahkan kekurangan diri itu juga sebuah aib dan salah..walau bukan berstatus maksiat. Kekurangan memiliki suara rabit..rabit...atau sebuah sikap yang jauh dari unsur² terpuji dari pandangan agama..aka unsur² makruh senang citer.
Selain ragu² diri selamat atau tidak walau dengan sebuah ungkapan yang diri rasa biasa² saja. Entah² merangkumi jua.
Wallahu a'lam.
Angkara lidah...siapa tahu. Lidah yang tiada lampu isyarat. Bebas bergerak dan berlegar setiap dari hembusan dan kata². Perrgh!
Jua, bagaimana kalau mendedahkan sebuah maksiat di masa lampau sekiranya ada.. dengan niat diri berkehendak orang lain jangan menuruti diri dan mengambil iktibar..agar selamat dianya dan beroleh syurga kelak.
Tapi tiba² dengan sebab mengungkap satu kesalahan diri itu...
Sungguh diri dah bertaubat..dan dalam berniat baik, diri menjadi sebuah makanan buat api neraka pula kerana mendedahkannya. Huh. Nauzubillah. Ngerinya ya Allah.
Betapa ini jua diri tak pasti bagaimana hakikatnya. Semoga selamat². Allahu.
Kerna itu, memang benar...harus hati² dengan sebuah kata² dan ungkapan..gerak geri dan perbuatan. Sebuah sikap yang merangkumi kemahuan hati dan nafsu yang sering sedaaap je terlontar. Yang gerram je api neraka nak rasa sedap tu. oh tidaak!
......
Hakikat terkadang diri mengambil remeh benda ni. Post sebuah kekurangan dan kesilapan diri dalam perasaan yang rendah diri..aka menganggap itu perbuatan yang merendah diri. Ibarat macam mengakui diri tak sempurna. Tapi hakikatnya itu sebenarnya perbuatan merendah rendahkan diri atau mengaibkan diri yang diri anggap itu hanya sekadar sebuah kisah semata, hingga mampu disalurkan menjadi sebuah bahan jenaka tuk hiburan diri sendiri tanpa peduli siapa pun yang bakal terikut dan terbaca. Allahu.
Amat buruknya memilih bodoh. Amat buruk lagi sekiranya sengaja memilih bodoh. Dek dah jadi tabiat.
Andai sekira menyanyi aku juga tergolong maksiat. Tak tahulah geno. Main suka hati aku je lontarkan suara rabit..rabit. aku..
Hem..aku masih mengambil pendapat ia bukan sebuah maksiat..selagi ianya tidak terjadi fitnah. Sekadar sebuah suara yang bukanlah diiringi kehadiran jasad dan rupa. Giithew.
............
Sekian...