Dari Anas R.a, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda:" Sesungguhnya Tuhan yang Maha suci dan Maha Tinggi berfirman: 'Demi kemuliaan dan kebesaran-Ku! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang yang aku hendak mengampunkan dosanya sehingga aku sempurnakan balasan tiap- tiap kesalahan yang ditanggungnya dengan ditimpakan penyakit pada badannya dan kepicikan pada rezekinya'."
(Hadis Riwayat Ibnu Razian)
Menurut huraian alim ulama:
Allah swt menjadikan Nabi- nabi dan wali- wali-Nya menderita susah sukar "sakaratul maut" hanya untuk menambahkan ketinggian darjat mereka. Adapun orang- orang Islam yang dikenakan mereka mengalami susah sukar "sakaratul maut" adalah menjadi "Kifarah" (penghapus dosa), atau balasan siksa terhadap kesalahan- kesalahan yang mereka lakukan.
Saidatina Aisyah R.a berkata:" Aku tidak merasa iri hati kepada seseorang dengan sebab senang keadaannya ketika ia mengalami sakaratul maut setelah aku melihat Rasulullah S.a.w sendiri mengalami sakaratul maut dengan keadaan yang agak sukar."
Saidina ar Bin Al-khattab R.a pula berkata:" Apabila seseorang mukmin masih menanggung sedikit daripada dosa- dosa yang tidak dihapuskan oleh amal baiknya, Allah akan menjadikannya menderita susah sukar sakaratul maut supaya ia dengan penderitaan yang demikian dapat mencapai tingkatan martabatnya dalam syurga. Adapun orang yang kafir pula apabila ia melakukan sesuatu perkara yang baik di dunia maka Tuhan memudahkan dia menghadapi sakaratul maut supaya dengan itu dapat ia menerima balasan kebaikannya itu di dunia kemudian ia akan terus ke neraka pada hari akhirat kelak."
Wallahu a'lam.