Kalau seseorang tu teraniaya kan..baik dia seorang yang jahat ke, seorang yang baik ke..apa yang aku tau..doa nya layak diangkat ke langit. InsyaAllah, Allah akan terima doa sesiapa pun yang berdoa. Walaupun dia bukan teraniaya sekalipun. Melainkan dia seorang yang jahat yang tak teraniaya. Dan semuanya terpulang pada Allah nak percepatkan kabulnya atau perlambatkannya. Kerna Dia lah yang lebih tau setiap apa yang terbaik untuk diri hambaNya.
Nak katanya, diri dipertolong dan dibela Allah dalam diri teraniaya sedang diri berusaha berdoa..bukanlah beerti diri dah sampai ke tahap warak, wali atau tingkat darjat tertinggi nescaya termakbul doa..sedang doa orang teraniaya suam² alim pun pasti dipeduli Allah jua. InsyaAllah.
Tapi tak bolehlah diri nak menidakkan terkabulnya doa seseorang itu atas alim dan solehnya sekiranya terkenal dia seorang yang alim dan soleh.
Dan sungguh memang doa orang yang banyak buat jahat tu takkan diterima Allah, terhalang doanya dari sampai ke langit dunia..tapi sekiranya dirinya teraniaya insyaAllah Allah akan dengar dan terima, (asal yakin tiada apa yang dapat mendahului takdir dan kuasa Allah.)
So sewajarnya lah kalau diri terasa dianiaya..diri harus banyak² berdoa. Contoh dalam melawan virus covid19 ni kan supaya cepat² terhapus dari muka bumi ni..entah sampai berapa tahun lagi lah agaknya diri akan menempuh macam ni. Hanya Dia yang tahu..atau teraniaya seperti diri diganggu oleh tukang bomoh yang diupah menganggu dengan niat nak menyakitkan, tanpa fikir orang yang disihir dan disakitinya tu nanti akan matikah dibuatnya, hidupnya susah kah, seolahnya dia yang menyakiti tu dia yang akan duduk bersama² menjaga dan merawat diri sampai mati, orang² akhir zaman ni, walau yang tau agama ke..tak tau ke..menganiaya tu dibuatnya bagai hobi dia, mungkin jua benda dah jadi tabiat susah nak tinggal walau tau itu dosa sekalipun..kalau tak sebab berdengki..sakit hati..tak antara dua tu..saja² pun ada..dia tak takut dosa lah main..main..ada kuasa sikit disalahguna..jua mana² sihir makhluk halus yang dimanfaat tanpa menggunakan puja atau puja ke..sama je maksud untuk menganiaya tapi kaedah berbeza..buat saja² menambah dosa bagai kalis api neraka..nauzubillah, minta simpang..
So, dengan sebab² penganiayaan macam ni diri wajiblah minta pertolongan dengan berusaha mendekatkan diri pada Allah, solat..berdoa..dan lain². Bukanlah memilih cara yang merepek² dan suka hati selamba dalam menyelesaikan masalah yang serius macam ni yang boleh memberikan impak yang besar tanpa menggunakan dalil dengan sikap yang tak pernah disikapi oleh Rasulullah saw.
Siapa yang mengikut dalil..walau teraniaya..itulah petanda orang tu alim..soleh...orang yang alim atau ikut agama dengan bersungguh dia tak bercara or bersikap yang menyimpang dari ajaranNya (yang diperlakukan oleh kebanyakan orang² yang ingkar)..Wallahu a'lam..
Nak percaya info ape pun yang membolehkan diri berfikir dan bertindak begitu begini dari tatacara islam, check dulu dia dapat dalil dari mana..dari mulut mana orang tu dan diri tertunjuk..diri nya orang ahli solat kah..orang kaki masjid kah..orang hafal hadis 1000 kah..orang hafal al quran kah..untuk sahihkan benarnya setiap info yang diterima..untuk mengelak setiap fitnah...
....apetah lagi dari mulut² benda yang diri tak nampak yang membicarakan bukan hal agama malah laga melagakan sesama manusia iaitu kerja syaitan dan iblis..tak usahlah didengar dan dijadikan permainan jua teman sepermainan. Banyak orang zaman sekarang membela makhluk halus..katanya islam.
Halal. Halal sekalipun kalau mulut dan sikapnya macam islam diri yang sama ingkar laga melagakan pun berdosa mengikutnya.
Kalau makhluk tu jenis yang baik..dia tak melaga..dia sendiri akan bagi nasihat..kau tak boleh jahat macam tu tak boleh jahat macam ni..rasulullah tak buat tu tak buat macam ni pada diri orang yang mahu menganiaya dan hendak membalas dengan menganiaya juga.
Bukan macam makhluk halus (yang kebanyakannya bersifat syaitan dan iblis)..eh orang tu umpat kau..cakap hal kau..segala sibuk..difikiran diri ni nak ditanamnya hal² bergaduh sesama manusia..itu tak baik. Bertaubatlah...sah² dia dan kawan² dia lah yang punya kerja orang tu nak terkata terfikir pasal diri.. dia akan kata diri ni macam tu macam ni. Supaya orang tu jatuh mengata..recycle.
Ibarat kata, makhluk halus ni macam api, dah kejadian pun dari api, kalau diri sihat dia itu kawan..kalau diri sakit dia itu musuh, makan sana sini, eisy...lihatlah mana yang berdegil membela dan menyimpan tu pasti ada di antaranya yang mati nanti..berbuka atap. Jika itu izinNya.😁😂 nauzubillah, macam dalam cerita tv tanah kubur tu, dan banyak dah yang berlaku dalam masyarakat. Astaghfirullah Allahuakbar..simpang malaikat 44 ke diri ya Allah..jauhkan dariku dan hamba²Mu yang tak bersalah ni dari segala fitnah sebelum dan selepas mati ya Allah..MashaAllah.
Kena tahu muslihat setiap inci musuh Allah ni..jika nak selamat dari azab. Diorang tu dah bersumpah dengan Allah swt nak sesatkan anak² adam. Jadi dulu zaman adam diorang sombong, nak sujud hormat ke adam pun tak nak, sampai sanggup buat Allah menyumpah, dan kenapa sekarang cara diorang bagai menyembah diri pulak..sebab dengan menyembah ke diri ni dah cukup buat diri jatuh dosa syirik dan khurafat mempergunakan diorang. Selain, diorang menawar segala pertolongan untuk berbuat kezaliman sesama manusia adalah supaya diri putus silatulrahim, rugi harta benda..sakit menyakiti..musuh bermusuh..berdengki...itu semua segala yang iblis setan suka terjadi pada diri manusia..jauh dari redha Allah swt.
Diri ni manusia mana lah tau serba serbi kegiatan benda halus di alam tu..diorang ghaib. Pasti iblis² dan jin² tu duduk semeja dengan setan² untuk merangka dan merancang buat jatuhkan diri manusia ke dalam neraka seperti diorang. Sedang diri ni dah termasuk dalam pancingannya pun tak sedar. Tak tau yang setan tu tentera iblis. Iblis tu sejenis jin..islam..kafir..wallahu a'lam..fikir dalam bulan puasa pun jin tu wujud, tak digari. Hanya setan dan iblis yang digari. Dan yang bebas tu siapa..yang ganggu orang berpuasa. Al quran, azan tak takut. Maksudnya yang tak digari tu islam, yang jahat macam orang yang jahat. Tapi tak dinafikan yang baik pun ada. Seperti hal diri ni manusia ada yang baik yang jahat.
Kalau setiap waktu diri terfikir ke orang itu salah ini salah...maksudnya makhluk itu bukan yang baik..jangan diambil yang salah² dari ideanya sedang diri nak yang positif je dalam hidup, nak masuk syurga...biarkan...walau mati diri dalam kezalimannya sekira tak mengikutnya. Buat apa lah diri nak turuti kloni dajjal. Sanggup membelakangkan cara rasulullah dan agama demi nak selamat. Aallahu.
Fikir, kalau diri ni manusia pun mampu terikut jejak setan iblis musuh Allah, apetah lagi..jin² islam yang memang sejenis dari api..wallahu a'lam..
Semoga Allah memperbetulkan apa yang tak betul pada diri..sebagai hamba² yang jauh dari kesedaran...termasuk diri aku sendiri jua yang pasti jua banyak kekurangan...harus azamkan di hati bahwa setiap kekurangan, kesalahan dan kelemahan diri jangan sesekali melibatkan orang² sekeliling. Nanti susah nak minta maaf di padang mahsyar.
Dan sekira sedar diri pun banyak salah, lalu orang banyak salah dengan diri..diri tak maafkan..fikir yang diri pun ada salah dengan orang lain..yang tak mampu dileraikan, hanya memohon agar Allah mempermudahkan agar terlerai..jadi dengan orang yang bersalah pada diri diri maafkan..supaya kesalahan diri pada orang lain dipermudahkan Allah untuk dimaafkan oleh orang tersebut..InsyaAllah..
Wallahu a'lam...