Niat Solat Sunat Tahajjud
Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.
Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat sunat tahajjud ini:
أُصَلِّيْ سُنَّةَالتَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَیٰ
Usolli sunnatat tahajjudi rak ’ataini lilaahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat Pertama
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ* لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ * وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ * وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمۡ * وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ * لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ
Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Say, "O disbelievers, I do not worship what you worship. Nor are you worshippers of what I worship. Nor will I be a worshipper of what you worship. Nor will you be worshippers of what I worship. For you is your religion, and for me is my religion."
Rakaat Kedua
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ * ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ * لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ * وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ
Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Say, "He is Allah, [who is] One, Allah, the Eternal Refuge. He neither begets nor is born, Nor is there to Him any equivalent."
Doa Solat Sunat Tahajjud
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.
Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:
اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ،
وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ،
وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ،
وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ،
وَوَعْدُكَ الحَقُّ،
وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ،
وَقَوْلُكَ حَقٌّ،
وَالجَنَّةُ حَقٌّ،
وَالنَّارُ حَقٌّ،
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ،
وَمُحَمَّدٌ ﷺ حَقٌّ،
وَالسَّاعَةُ حَقٌّ.
اَللَّهُمَ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ أَمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ،
وَبٍكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي،
أَنْتَ المُقَدَّمُ وَأَنْتَ المُؤَخَّرُ لَاإِلٰه إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Maksudnya:
“Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah Penegak langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMu segala pujian, Engkaulah raja penguasa langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMu segala pujian, Engkaulah yang menerangi seluruh langit dan bumi dan segala isinya.
BagiMu segala pujian dan Engkaulah yang benar,
JanjiMu adalah benar,
PerjumpaanMu itu adalah benar,
FirmanMu adalah benar,
Syurga adalah benar,
Neraka adalah benar,
Para nabiMu adalah benar,
Nabi Muhammad SAW adalah benar,
dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah kepadaMu lah aku serahkan diriku, aku percaya pada engkau, tempat aku berserah diri dan kepadaMu aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku dan kepadaMu lah aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, baik dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.
Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan melainkan Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolonganMu ya Allah.”
Wallahu a'lam