"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Walaupun kamu tengok aku begini..begini..begini,
Nampak buat maksiat,
Tapi Allah bagi rezeki!
Jadi jangan anggap sakit ini sebagai bala semata-mata,
Benar!
Tapi kalau kita anggap sebagai sebuah ujian yang baik,
Yang memberikan sentakan dalam hidup kita,
Untuk kita ubah jauh lebih baik,
InsyaAllah satu masa nanti kita boleh bincang,
Macam mana sesesorang tu dengan sebab sakit,
Lagi dekat dia pada Allah.
Maka sama juga jika sekiranya Allah bagi kepada dia nikmat banyak,
Tapi dia makin bertambah jauh daripada Allah,
Dia bertambah samseng,
Dia bertambah ego,
Paling, paling, paling parah daripada itu,
Datang kepadanya sebuah pemikiran syaitan.
Rasukan syaitan,
Bisikan iblis,
Begitu juga bertuhankan hawa nafsu,
Dia kata apa?
Kalaulah perkara ni tak baik,
Allah tak jadikan aku dapat macam ni,
Tengok aku dapat!
Mana ada bala!
Mana ada ujian..
Tengok aku dapat!
Ni pun kamu mari sini aku jamu makan,
Kamu tengok aku boleh buat apa?
Aku boleh bagi kepada kamu duit gini, gini, gini!
Walaupun kamu tengok aku begini, begini, begini..
Nampak buat maksiat,
Tapi Allah bagi rezeki,
Allah bagi ketenangan,
Allah bagi pangkat,
Kamu ni duk bersungguh-sungguh tak dapat apa!
Ini lagi bala..
Jadi dia orang panggil apa?
Dia jahil..
Dia tu jahil murakkab!
Lagi bertambah jahil.
Waliyazubillah,
Kerana binaan falsafah dalam hidup dia tu silap dah.
Apa yang dia sangka itu okay..
Sebenarnya bukan K.O saja,
Tapi T.K.O lah berat benar!