"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Hidup di dunia ni..tak kisahlah ape pun,
Kita Allah dah pilih macam tu,
Allah pilih kita miskin..kita redha,
Kita masuk Syurga,
Allah pilih kita tak ada anak,
Kita kawin tak ada anak!
Allah pilih kita jadi macam tu,
Kita setuju..kita masuk Syurga!
Kita redha Allah,
Allah redha kita..itu saja!
Di dunia ni kita tak nak ape pun...
Kita nak Allah redha kita..cukup!
Apa pun yang Allah buat pada kita..
Apa yang Allah kenakan pada kita,
Kita setuju! Kita terima!
Cantik!
Lepas tu bila pertama sekali,
Tuan-tuan bilamana kita diuji oleh Allah swt..
Katakan, 'Ni Allah swt pilih saya, dalam banyak² kereta ni..
saya accident hari ni, Allah pilih saya untuk accident hari ni!
Orang lain selamat,
Kerana dia ada ujian dia,
Saya ada ujian saya,
Ini hari saya...
Dan ada hari Allah selamatkan saya,
Dan mereka pun bukan tidak diuji,
Mereka ada hari dia diuji!
Samada mereka telah kena,
Akan kena dan sedang kena!
Jadi tidak adil bilamana tuan² tengok..
'Untungnya dia..dia senang je hidup!'
Kerana kita nampak hari ni dia senang...
Siapa tahu akan datang!
Berapa ramai dengan kekayaan dia..dia dipenjarakan!
Cukup umur yang bertambah,
Tuan² pernah melihat orang yang duduk senang hari ni dipenjarakan?
Ada tak?..
Nampak..
Tuan² tengok senang..seronoknya dia..
Dia cantik!
Berapa ramai dengan sebab dia cantik..
Dia gadaikan agama dia...
Dia cantik..dia jadi artis,
Dia dedahkan aurat!
Nampak!
Dulu kita kata untungnya dia cantik!
Tapi hari ni baru kita sedar..Allah!
Rupanya Allah selamatkan saya..
Allah swt bagi saya walaupun 'hauk'..
Tapi laksanakan perintah Allah!
Tapi dia mukanya cantik tapi bodoh tinggalkan perintah Allah!
Nampak!
Ha..ni dia tuan² sekalian..
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad..❤️
Kemudian yang pertama..
Kita kata saya pilihan Allah!
Kita terima..kita redha..
Yang kedua..
Ujian tu tak lama..
Yang ketiga..
Ujian ni Allah swt nak ampun dosa² kita.
Dosa kita banyak tuan²!!..
Kalau kita tak kena kat dunia ni,
Tuan² sanggup ke nak kena kat Akhirat?
Tak sanggup kan!
Allah swt sayang pada kita ni,
Allah kenakan kita sebelum mati supaya kat Akhirat esok tak kena dah!
Cara Allah swt sayang pada kita..