بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : ytube
Dalam Al-Quran Allah SWT mengatakan,
'يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ'
"Yahdi mayyasya'"
"Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki",
(Qs.Al-Qasas:Ayat 58)
Apa itu hidayah?
Hidayah adalah cahaya petunjuk yang Allah SWT sinarkan ke dalam hati kita,
Yang mana dengan sinar cahaya hidayah tersebut Allah buka hati kita untuk kita dapat beramal.
Untuk kita dapat terus jalan menuju kepada Allah SWT tanpa kita putus asa.
Dan Allah swt juga mengatakan,
وَيُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ "Wa yudillu mayyasya'"
"Dia (Allah) menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki"
(Qs.Al-Faatir:Ayat 8)
Jadi Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Bukan bermakna seseorang itu boleh duduk goyang kaki tunggu hidayah sampai.
Nanti sampai tua dia tak solat.
Ada orang tunggu hidayah datang baru dia nak beramal,
'Kenapa awak tak solat lagi?'
'Saya tunggu seru!..'
Maksudnya tunggu hidayah datang,
'Kenapa awak tak pakai tudung lagi?'
'Saya tunggu seru!'
Maksudnya dia tunggu hidayah.
Jika dia tu pun tunggu hidayah baru dia nak berkomitment pada agama,
Baru dia nak bagi azam yang betul untuk belajar ilmu agama,
Maka takut..takut sampai ke tua nanti..
Hidayah bukan ditunggu!
Tetapi diburu..
Hidayah bukan dinanti tapi dicari..
Kita perlukan hidayah!
Jadi walaupun Allah SWT kata hidayah itu Allah berikan kepada siapa yang Allah kehendaki,
Tak boleh goyang kaki (tak berusaha apa-apa untuk merebut hidayah)
Kerana apa?
Allah SWT kata,
'Aku menyesatkan sesiapa yang Aku kehendaki"
Jadi kita takut kita tak cari hidayah..
Nak tunggu hidayah,
Takut dalam pada tu kita tersesat..
Kita berada dalam kesesatan!
Dan kalau bagaimana kalau seseorang meninggal dalam keadaan kesesatan..
Nauzubillahiminzalik.
Allah swt juga mengatakan dalam Al-Quran,
يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُۖ
"Yarzuqu man yasya'"
"Allah SWT memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki",
(Qs.Asy-Syura:Ayat 19)
Semua orang tahu Allah bagi rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki.
Tapi dia tetap kena cari rezeki,
Dia kena cari dia kena berusaha!
Jadi fikirlah,
Sepatutnya kefahaman kita terhadap hidayah,
Allah beri hidayah kepada yang Dia kehendaki,
Tetapi tidak ditunggu,
Tidak dinanti begitu sahaja..
Kita kena bermujahadah cari..