"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Siapa Inggeris?
Inggeris adalah induk dari segala kejahatan dunia hari ini.
Siapa yang memberikan tanah Palestin itu kepada Israel?
Palestin dijajah oleh Inggeris,
Dan Inggeris lah yang memberikan tanah itu kepada Israel.
Israel memang sudah lama ingin ada negara.
Israel tidak pernah ada negara di dunia ini.
Mereka tersebar (berserakan) di seluruh dunia.
Datang seorang lelaki bernama 'Teodor Herzel',
Dia melihat ada negara bernama Serbia yang dulu menghentam Herzegovina,
Dia ingim Israel juga ada negara seperti Serbia.
Lalu dia datang kepada Sultan Abdul Hamid Iaitu Penguasa Turki.
Dia bawakkan 300 keping duit emas.
Sultan Abdul Hamid tidak mahu menjual Palestin dengan kepingan-kepingan emas.
Dia takut kepada Allah swt.
Apa yang terjadi dengan Sultan Abdul Hamid?
Sultan Abdul Hamid digulingkan,
Hartanya dirampas,
Anak cucunya dibunuh,
Lalu kemudian negeri itu pun terbebas dari khalifah.
Siapa yang melakukannya?
Yang melakukannya ialah Mustafa Kamal Attartuk.
Orang yang terzalim yang sudah menghancurkan kekuasaan Islam 1924,
Sejak itu umat Islam lemah.
Sebelumnya mereka tidak berani mengambil Palestin,
Kerana masih ada Amirul mukminin ulil Amri pemimpin umat Islam.
Umat Islam tercabik-cabik,
Terpecah menjadi negara-negara kecil dihancurkan dengan senjata,
Negeri yang kecil-kecil tadi tinggal hanya beberapa orang di surau, langgar dan musolla,
Dan di musolla itu pun lagi diadu domba dengan masalah khilafiah-khilafiah,
Antara ussoli dan tidak usolli,
Antara kaki celana menutup mata kaki atau tidak,
Antara qunut subuh atau tidak,
Antara zikir jahar atau tidak,
Antara tahlil atau tidak,
Siapa punya kerja?
Ini adalah kerja-kerja orang-orang kafir ingin melemahkan umat Islam,
Firman Allah swt:
وَلَا تَنَـٰزَعُوا۟ فَتَفْشَلُوا۟ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ
"Jangan kamu berkelahi!"
"Kamu akan gagal!"
"Kamu akan kehilangan semangat!"
(Qs,Al-Anfal:Ayat 46)