"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"Wahai yang Aku anugerahkan kepadanya berada di bulan haram,
(Yang kita sedang berada di dalamnya),
Janganlah kamu melakukan perbuatan zalim pada bulan ini kerana perbuatan zalim yang kamu lakukan di bulan ini dosanya, hukumannya, akibatkanya lebih berat, lebih besar berbanding perbuatan zalim yang sama yang Aku larang untuk melakukannya di bulan-bulan lainnya."
Secara khusus disebut oleh Allah pada bulan yang haram agar supaya kita lebih mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghindarkan diri daripada perbuatan zalim.
Sebesar-besar perbuatan zalim yang dilakukan oleh seseorang adalah orang yang zalim kepada dirinya sendiri.
Kamu jangan berbuat zalim kepada empat (4) bulan ini terhadap diri kamu sendiri.
Iaitu di bulan Zulkaedah, di bulan Zulhijjah, di bulan Muharram dan di bulan Rejab.
Apakah yang dimaksudkan orang yang berbuat zalim kepada diri sendiri?
Orang yang dimaksudkan berbuat zalim kepada diri sendiri ialah,
• Orang yang diberi peluang untuk beramal dengan waktu yang diberkati oleh Allah, namun dia tidak beramal,
• Orang yang zalim kepada dirinya sendiri yang diberi peluang oleh Allah untuk dilipatgandakan pahala dengan amal yang baik namun dia tidak mengambil peluang tersebut,
• Orang yang zalim kepada dirinya sendiri adalah orang-orang yang sudah tahu berada di bulan yang mulia, tapi dia masih berterusan melakukan perbuatan maksiat tanpa mengendahkan bulan yang dimuliakan oleh Allah yang dia telah dianugerahkan untuk masuk ke dalam bulan tersebut,
• Orang yang soleh bila dianugerahkan oleh Allah SWT berada di bulan-bulan yang mulia yang pada bulan itu dilipatgandakan oleh Allah rahmat dan juga pemberiannya maka semakin banyak lah amal perbuatan baik mereka dan semakin mereka meninggalkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT,
Maha suci Allah untuk menjadikan amalan-amalan yang diperintahkan untuk diberikan sesuai dengan yang dijanjikan oleh Allah atau dilipatgandakan pahala tersebut.
Maha suci Allah bila ingin menghukum ke atas seseorang yang melakukan perbuatan dosa lalu dilipatgandakan juga hukuman tersebut di sebabkan tidak memanfaatkan peluang yang diberikan oleh Allah SWT akan masa yang penuh berharga ini iaitu di bulan yang diharamkan oleh Allah SWT.
Hal ini penting untuk kita dapat mendekatkan hubungan kita dengan baginda Rasulullah SAW supaya kita tahu apa yang ditinggalkan oleh beliau kepada kita dengan kita belajar dan mengkaji, menerapkan kehidupan beliau itu ke dalam kehidupan rumah kita sendiri sejauhmana kita di rumah melaksanakan dan juga praktiis apa yang diajarkan oleh beliau dalam rumah baginda Rasulullah SAW.
Dengan itu kita akan rasa malu dengan apa yang dilakukan kita di rumah kita dengan kita contohi apa yang dilakukan oleh beliau di rumahnya.
Kalau malam beliau bagaimana? Sikap beliau kepada isterinya bagaimana? sikap beliau kepada anaknya bagaimana? sikap beliau kepada rumahnya untuk dijaga bagaimana?.
Kesemua itu adalah contoh kepada kita untuk meneladani Nabi Muahmmad SAW,
Setelah hak Allah SWT yang perlu kita perhati,
Kemudian hak Rasulullah SAW,
Dan ketiga, hak kita sendiri yang diingatkan oleh Allah;
"Kamu jangan berlaku zalim terhadap diri kamu sendiri, berhenti daripada berbuat maksiat."
Perhatikan sekeliling kita,
Jadilah orang yang jujur dalam berniaga,
Jadilah orang yang jujur dalam berkata,
Jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga,
Jangan mengambil apa yang bukan menjadi hak kita,
Tunaikan apa yang dituntut oleh syariah dalam kehidupan keseharian kita untuk kita terselamat daripada perbuatan zalim.
"Kalau kamu berbuat zalim sesungguhnya kamu berbuat zalim kepada dirimu sendiri dan tidaklah perbuatan yang paling keji bagi seseorang melebihi daripada kekejian orang berlaku zalim kepada dirinya sendiri."
Orang yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri adalah orang yang malas,
Orang yang tak mahu untuk beramal,
Orang yang tak mahu menginsafi kekurangannya dan juga salah silapnya untuk bertaubat kepada Allah SWT.
Tiga (3) hal ini perlu kita ambil ibrah dengan adanya bulan rejab salah satu daripada bulan yang diharamkan oleh Allah SWT.
1. Membesarkan Allah SWT kerana yang memasukkan kita kepada bulan rejab adalah Dia SWT. Yang menganugerahkan bulan rejab dengan kelebihan rahmat adalah Dia juga.
-Jadi kita sebagai yang diberi rahmat oleh Allah SWT, masuk ke bulan rejab kita dianugerahkan oleh Allah banyaknya pemberian rejab yakni Allah menyediakan kepada kita 'sale' yang mana ia adalah satu diskaun besar diberi Allah untuk orang yang mahu beramal. (khusus di bulan rejab)
-Oleh sebab itu, kita patut bersyukur kepada Allah SWT dan juga menghargai pemberian tersebut.
2. Bulan rejab ialah bulan yang di mana Allah mengagungkan nabiNya sebagaimana yang telah disebutkan tadi.
-Carilah bahagian daripada diri kita untuk memuliakan dan mengagungkan Nabi dengan kita mengukur sejauh mana kita menghayati dan meneladani sunnah Nabi Muhammad dalam kehidupan kita seharian.
3. Hak terhadap diri kita sendiri iaitu jangan kamu berlaku zalim kepada dirimu sendiri khusunya di bulan yang diharamkan oleh Allah.
-Jangan malas untuk beramal.
-Jangan memudahkan melakukan perbuatan maksiat.
Bila tiga perkara ini kita ambil, maka kita akan mendapatkan hikmahnya dan ibrah yang disimpan oleh Allah SWT pada masa dan bulan yang diharamkan oleh Allah.
Menurut Al-Imam As-Syafie,
Ada lima (5) malam yang dikabulkan doa;
1. Malam pertama bulan rejab.
2. Malam hari raya Aidilfitri.
3. Malam hari raya Aidiladha.
4. Malam Jumaat.
5. Malam nisfu sya'ban.
Tiba di bulan rejab ini, kita panjatkan doa;
1. Semoga Allah SWT memberikan kepada kita taufik dan hidayah untuk memanfaatkan masa ini dengan amal yang soleh.
Khusunya istighfar yakni untuk diperbanyak agar supaya kita termasuk orang-orang yang menghargai pemberian nikmat dari Allah SWT.
Ingat lah akan nikmat Allah SWT Tuhan yang memberikan nikmat kepada mu daripada nikmat yang di langit dan di bumi.
Syukurilah nikmat tersebut.
2. Kita mohon kepada Allah SWT semoga malam ini adalah malam segala permintaan, istighfar dan taubat kita diterima serta diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah SWT dan digantikan dengan pahala untuk diri kita, keluarga kita, anak-anak juga kepada orang-orang yang kita sayangi.
3. Kita minta kepada Allah semoga di malam dimustajabkan doa ini Allah SWT memberikan kita kemenangan, kejayaan dan keselamatan kepada saudara-saudara kita di Baitul Maqdis, di Syam, di seluruh tempat di Sudan dan di mana jua tempat yang kaum muslimin berhadapan dengan masalah.
Semoga Allah SWT memberikan kepada mereka ketenteraman, keamanan dan diberikan oleh Allah SWT kepada mereka keharmonian,
Semoga Allah SWT yang melarang kezaliman di bulan haram semoga mereka yang melakukan perbuatan zalim seperti golongan orang Yahudi Zionis semoga Allah mengembalikan kezaliman itu kepada diri mereka sendiri.
Semoga Allah berikan kepada orang-orang yang ditimpa musibah dengan keselamatan musim sejuk dengan memberikan kehangatan kepada mereka, yang lapar diberikan makanan, diberikan segala kemudahan yang Allah berikan kepada kita kepada hamba-hambaNya kerana segala nikmat adalah datangnya daripada Allah SWT.