"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Manusia yang melihat kelebihan pada dirinya,
Pada sifat baiknya,
Seperti seseorang punyai sifat pemurah.
Maka dia melihat dengan pandangan tinggi,
Kerna ada sifat mulia padanya iaitu sifat pemurah.
Ketika mana seseorang ada sifat suka membantu orang..
Maka sifat membantu orang dan banyaknya orang yang dibantu..
..menyebabkan dia melihat dirinya..
'Saya punya sifat suka tolong orang!'
Yakni mengangkat dirinya..ada sifat baik padanya,
Suka membantu orang.
Orang yang punya ilmu...
Dan menyampaikan ilmu dan ilmunya luas...
Orang banyak mengambil manfaat..
Maka dia mungkin akan melihat dirinya..
'Saya adalah orang yang alim kerana saya punyai ilmu banyak dimanfaatkan oleh orang ramai!'
Melihat dirinya ada something!
Ada tinggi!
Yang satu melihat dirinya tinggi pada sifat pemurahnya..
Yang satu melihat dirinya tinggi pada sifat ibadahnya,
Yang satu melihat dirinya tinggi pada sifat ilmunya...
Dan apa saja sifat yang baik.
Bila seseorang melihat pada sifat itu dengan pandangan tinggi,
Maka itu adalah bahagian daripada sombong..
Walaupun dia bangga atau mengangkat dirinya dengan sifat yang baik!
Seperti dalam bab yang sebelumnya...
Ketika seseorang itu melihat dirinya tawadhuk..
'Saya ini tawadhuk!'
Itu sombong!
Sebab dia melihat dirinya tinggi!
Melihat dirinya ada..
Membandingkan dirinya dengan yang lain ada ketinggian...
Sementara dalam ilmu Tasawuf (dalam ilmu hubungan kita dengan Allah),
Yang Tinggi itu hanya satu saja iaitu Allah!
Yang Terpuji itu hanya Allah!
Yang Maha Hebat itu hanyalah Allah SWT!
Selain daripada Allah SWT tak boleh melihat dirinya tinggi,
Selain daripada Allah SWT tak boleh melihat dirinya ada something yang perlu untuk dibanggakan,
Disyukuri ialah...tapi bukan bangga..!
Siapa yang mensabitkan dirinya, "Saya adalah Tawadhuk!"..
Maka dia sombong!
Apa sebab?
Sebab dia tinggikan dirinya sendiri..
Sementara dalam hadis, Nabi Saw bersabda:
"Tak kan masuk syurga orang yang ada dalam hatinya walaupun sebesar biji sawi daripada sifat sombong.''
Hatta kecil sifat sombong itu,
Termasuk orang yang mensabitkan kepada dirinya itu ada sifat-sifat mulia dan melihat dirinya tinggi,
..baik ianya sifat tawadhuk, sifat pemurah, sifat ilmu, sifat ibadah, sifat akhlak..
Melihat kepada dirinya tinggi..itu adalah suatu sifat yang sombong!
Jadi bagaimana kita nak keluarkan?
Siapa yang tak teruja kalau kita dipuji..?
Siapa yang tidak melihat drinya itu gembira dengan sifat-sifat tadi?
Bila seseorang ada sifat pemurah..ada sifat tawadhuk,
Yang dilarang bukanlah adanya sifat itu..
Tapi yang dilarang adalah merasa dirinya tinggi dengan adanya sifat itu!
Kerana jika dia menisbahkan dirinya tinggi itu adalah benih kesombongan.
Jadi kita nak tengok bagaimana sifat itu?
Semua anugerah daripada Dia (Allah).
Kamu tidak boleh keluar daripada rasa tinggi dengan adanya sifat-sifat baik itu kecuali dengan melihat besarnya sifat Allah SWT.
Bila seseorang punya sifat pemurah,
Dengan dia tak mahu tergelincir kepada sifat sombong,
Dengan meninggikan diri akan sifat pemurah..
Maka dilihat,
"Saya tak boleh bersaing dengan Allah swt yang empunya sifat pemurah,
Kalau saya katakan saya adalah orang yang pemurah..
Allah? Pemurah juga!
Adakah ini bermakna saya dengan Allah bersaing dengan sifat pemurah?
Tidak!
Jadi apa yang patut saya katakan?
Saya akan katakan,
"Yang pemurah itu adalah Allah"
"Apa yang saya lakukan daripada sifat pemurah adalah tanda sifat pemurahnya Allah SWT!'
Dikembalikan kepada Allah bukan kepada diri sendiri.
Dan,
Biasakan bila berjaya dalam sesetengah perkara..
''Ini adalah anugerah Allah SWT ..!"
Walaupun kita yang buat...
Tapi jangan dimulut (dibibir) saja..
Biasanya kalau di mulut; "hamba ni tiada apa la!"
Tapi dalam hati; "jangan kau tak puji aku..!"
"kenapa tak sebut aku..tak sanjung aku?"
"Saya tak ada apa2 nya lah!"
Nak tunjuk low profile dengan kata-kata...
Tidak!
Tawadhuk itu sifat dalam hati,
Tak perlu pengiktirafan daripada orang,
"Oo..ini tawadhuk!" "Oo..ini bukan tawadhuk ni!"
Jangan mengharap puji-pujian daripada orang untuk sifat-sifat tertentu..
Sebab yang dicari adalah Allah maka tak boleh menyekutukan Allah pada nawaitu (niat) kita,
Jadi, macam mana kita boleh keluar daripada sifat sombong pada sifat-sifat yang baik?
Iaitu dengan melihat sifat kebesaran Allah SWT!
Yakni bila seseorang melihat dirinya 'alim..
Yang Maha berilmu adalah Allah!
Dia mampu tarik saya punya ilmu..
Saya boleh jadi gila!
Saya boleh jadi orang yang dihina dan diperli!
Setelah saya disanjung dan dipuji..
Untuk saya keluar dari rasa gah dengan punyai ilmu,
Saya akan tengok pada yang Maha kuasa Allah SWT yang boleh ambil saya punya ilmu!
Dengan begitu saya tak kan sombong dengan ilmu yang dianugerah Dia..
Dan bersyukur kepada Dia.
Bila suka membantu orang, diucap terima kasih dan dipuji kerana suka membantu,
Dalam hati saya akan mengatakan;
"Kalau bukan Dia (Allah) yang bagi taufik saya bantu kepada dia, maka saya tak kan bantu, boleh jadi saya akan terilham dengan benda lain justeru menyakiti kepada orang itu..Dia (Allah) yang bagi taufik!"
Dinisbahkan kepada Dia untuk tidak melihat dirinya itu gah dengan sifat sehingga menjadi sombong,
Dengan mengembalikan kepada kebesaran sifat Allah SWT,
Kiaskan ini semua dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.