"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
'Macam mana saya nak maaf?
Yang dia buat tu terlalu menyakitkan!'.
Sakit kerana kesedihan nak memaafkan ni tuan-tuan..puan-puan,
Tak yah cerita..
Tanya orang-orang yang pernah terluka...
Apatah lagi yang datang daripada orang yang tersayang,
Kalau kita nak cakap..'sabar lah!'
'Sampai bila saya nak kena bersabar ni?'
Pesan Ibnu Qayyim Al-Jauzi,
Dia kata kalau kita tengah sabar ni..tuan-tuan..puan-puan,
Jangan cerita kat orang kita tengah sabar!
Cacat pahala sabar kita..
Berikan panduan kepada hati kita,
'Sampai bila aku nak sakit hati dengan orang ni?
Sampai bila kita nak dendam?
Kalau lah ada hati kita ni pernah dilukakan...
Berilah kemaafan kerana Allah,
Allah sedang menawarkan kepada kita.
'Mai..Aku nak ampunkan dosa hang ni!
Kerana kesudian hang memaafkan orang!'
Kata Nabi Saw dalam sebuah hadis,
'Siapa yang nak memaafkan orang di saat dia boleh balas,
Allah swt akan memberikan kemuliaan kepada dia..'