"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 44: "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
Ayat ini mengecam golongan yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi lupa akan diri sendiri, walaupun mereka membaca Kitab Allah dan mempersoalkan sama ada mereka tidak berakal. Adapun nasihat dan teguran itu perlu bermula dari diri sendiri.
Kita prihatin dengan nasib orang lain yang pada persepsi kita telah jatuh ke jurang kegagalan, tapi kenapa kita tak suka tegur diri kita, kenapa tak berkira-kira tentang perkataan yang kita gunakan tu bermanfaat atau boleh menjatuhkan kita ke jurang kegagalan,
Kita tahu atau tidak (jahil) samada perkataan yang kita gunakan tu menerbitkan dosa pada mulut, dosa-dosa pada jari-jari kita yang menaip dan dosa fikiran yang melibatkan sangkaan-sangkaan kita, realitynya, kita dah melibatkan diri kita dengan mereka yang kita berdosa dalam hisab kita nanti untuk dituntut.
"Allah lebih senang melihat hamba yang berjuang melawan dirinya (memperbetulkan kekurangan diri) sendiri daripada yang sibuk terlihat benar di depan orang lain (berdebat)"
Jika kita boleh menegur dengan cara yang beradab, maka kita layak lah menegur. Tapi kalau kita tak mampu adalah lebih baik kita semak dan periksa kekurangan diri kita dulu, betulkan diri kita..apa yang ada dalam hati kita. Lidah itu cerminan dari hati, kalau baik hati, baik lah lidah, kalau buruk hati buruk lah lidah..saat buruk, akan terluncur lah perkataan yang tak baik, pandangan yang tak baik, fikiran yang tak baik, jari yang menaip perkataan-perkataan yang tak baik. Tak langsung melambangkan kita sebagai seorang Islam yang berilmu.
Kita bersungguhan nampak kekurangan orang lain tapi kita tak bersungguhan lihat kekurangan diri kita sendiri yang berterusan mendapat dosa akibat menghina dan mengata. Kita kata dia bodoh, tak lawa, cekung, gila, sakit mental, kita ingat dengan menjadi penyibuk yang berdosa kita boleh selesaikan masalah orang yang ada. Tak, kita hanya bagi dosa kepada diri kita sendiri je. Kita bukan buat teguran, jika apa yang keluar dari bibir kita itu adalah kata-kata ejek mengejek, hina menghina semata. Kita dah lari dari adab dan tata tertib dalam membuat teguran.
Kita lah patut ubah dan tegur diri kita sendiri dulu, apabila cara yang kita gunakan tu salah, tak beradab, mengundang maksiat lidah, tangan, hati, fikiran dan macam-macam lagi anggota yang terlibat.
Penghuni syurga tu ramai yang kurang ilmu, amal soleh biasa-biasa je tapi adab dan akhlaknya tinggi. Tapi di dalam neraka sana banyak orang-orang berilmu tapi kurang adabnya, kurang akhlaknya. Walaupun amal solehnya sangat banyak. Allah tak redha bagi sesiapa yang tak menjaga akhlak.
Fikir-fikirkanlah untuk tinggalkan perdebatan yang merasakan diri benar, yang menjadikan punca dosa-dosa. Yang sebenarnya kita pun tak peduli sangat tentang dosa. Kita peduli bab kita rasa benar, kita rasa betul..lalu kita cakap.
Dosa dengan Allah, Allah boleh ampun sebab Allah tu Maha pengampunan, tapi dosa dengan sesama mansuia belum tentu kita dapat pengampunan dari orang yang kita hina dan ejek tu.
Maka itu bila kita pun nampak tak mampu elak dari terbitkan dosa..kita sibukkanlah diri dengan luruskan diri kita dulu. Luruskan hati, perkuat hubungan kita dengan Allah, biar Allah bantu jaga hati kita. Kita ada ilmu tapi kita tak kuat hubungan dengan Allah. Macam mana lah rahmat pertolongan nak sampai pada kita saat kita di uji dengan ujian yang melibatkan hati dan perasaan? Kita guris hati orang lain kerana kita cuma fikir perasaan kita, bukan fikir perasaan orang lain.
Untuk kita tergambarkan dan memilih sabar..'oh ini semua dah tertulis' 'oh ini semua dengan kekuatan dan kekuasaan Allah' 'Syukur aku dipedulikan Allah itu tandanya Allah nak hapuskan dosa2 aku' 'Allah datangkan ujian buat dia supaya aku bersyukur apa yang terjadi dalam hidup aku' 'Ini semua ujian masing-masing..dan tugas aku ialah cakap yang baik-baik, tegur baik-baik, doa yang baik-baik'' 'Allah tak redha kalau aku menghina orang, itu dosa sedangkan aku nak amal aku diterima, nak masuk syurga..semua nak kena dengan redha Allah' 'Semua dalam dunia ni Allah punya termasuk orang itu, aku tak boleh hina hak milik Allah, termasuk diri aku sendiri, semua hanya ujian dan pinjaman.' 'Allah tak jadikan aku untuk tunggu dan duduk tepi dia sampai dia berubah sampai dia taat, tapi Allah suruh tegur saja dia dan sampaikan ilmu dengan cara berhemah.'
Kalau kita tak dekat dengan Allah, maka akan ada yang tak kena pada hati kita, ilham-ilham macam ni auto tak sampai kerana bila kita lupa Allah, Allah pun melupakan kita. Padahal kita ada ilmu. Ilmu tu rahmat kebaikan dari Allah. Semua tu akan lupa bila berdepan dengan ujian dan melupakannya adalah dosa-dosa diri kita sendiri. Kita menjadi lupakan diri kita sendiri, kita cuma nampak kesalahan orang lain. Jadi untuk refresh semula ialah dengan istighfar dan taubat nasuha.
Kita diajar oleh Nabi untuk cari kebaikan pada orang lain lupakan kebaikan diri sendiri, jangan rasa diri dah baik, sementara kita diajar untuk cari kekurangan dan keburukan diri sendiri untuk kita ubah, jangan cari keburukan dan dosa pada orang lain, sibukkan dengan diri sendiri dan tinggalkan perdebatan yang merasakan diri kita adalah paling betul.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.
Dari saya hamba Allah yang hina dan kerdil di sisi Allah awt.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.
Semoga Malaysia ku Maju Dan Selamat Serta Hidup Dengan Penuh Keimanan, Hidup Berlandaskan Islam Yang Sebenar, Aamiin.🤲 Apa2 pun Lillahita'ala.☝️👍
Melayu Islam Beraja ✅
Melayu Islam Amerika ❌