بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : Web/blog
Duduk berborak, lepak berjam-jam lamanya..
Bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan kita.
Baik lelaki atau perempuan, remaja atau dewasa.
Ia bagaikan suatu rutin yang menjadi kemestian.
Jika sudah lama tidak bertemu rakan-rakan.
Berbahas, ‘membahan’, ‘membawang’ dan
sebutlah apa sahaja istilah-Perlakuannya tetap sama.
Segenap ceruk, semua sudut jadi bualan.
Satu persatu topik atau isu dikupas.
Soal artis, isu semasa berkaitan ekonomi,
Apa yang viral, pendek kata selagi boleh bercakap,
berhujah semua perkara mahu disentuh.
Sembang kedai kopi kata orang, memang seronok.
Sedar tak sedar bergelas-gelas air dipesan dan diteguk.
Ya, bersembang siapalah yang tak suka kan?
Tetapi kita perlu berhati-hati dalam menuturkan sebarang perkara.
Lebih-lebih lagi jika kita bukan ahli atau arif dalam setiap yang dituturkan.
Kerana dalam Islam,
Ada disenaraikan tiga golongan yang paling dibenci Rasulullah
apabila mereka berbicara.
. 1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau
cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya
suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan
tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan
gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka
cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling
jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling
lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang
yang sombong bicaranya.” [Hadis Riwayat al-Tirmidzi].
Kredit: Dr. Kamilin Jamilin