بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Sumber : web/blog
Bagi individu yang menduduki jawatan pemerintah tertinggi, mereka mestilah memiliki sifat-sifat berikut:
Islam:
Tidak sah melantik orang bukan Islam sebagai pemerintah. Ini kerana urusan pemerintahan adalah salah satu hukum syarak yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal umat Islam. Oleh itu, ia tidak boleh diserahkan kepada orang yang tidak meyakini hukum-hakam ini.
Matang:
Oleh itu, tidak sah melantik kanak-kanak, orang bodoh dan yang seumpama dengan mereka sebagai pemerintah, walaupun mereka dikelilingi oleh para penasihat. Nabi SAW bersabda:
Bersifat adil:
Orang yang bersifat adil ialah orang yang tidak melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan memakan riba. Dia juga tidak berterusan melakukan dosa kecil. Oleh itu pelantikan orang fasik adalah tidak sah. Orang fasik ialah orang yang tidak memenuhi syarat-syarat adil. [*]
Bacalah sejarah Umar bin al-Khattab yang sanggup menghukum Muhammad bin Amru Ibn al-‘As (Anak gabenor Mesir) ketika mana beliau berlumba kuda dengan seorang qibti dan beliau kalah yang menyebabkan beliau menampar muka qibti tersebut seraya mendakwa, “aku anak orang yang mulia dan bangsawan”.
Tidak sah melantik orang bukan Islam sebagai pemerintah. Ini kerana urusan pemerintahan adalah salah satu hukum syarak yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal umat Islam. Oleh itu, ia tidak boleh diserahkan kepada orang yang tidak meyakini hukum-hakam ini.
Matang:
Oleh itu, tidak sah melantik kanak-kanak, orang bodoh dan yang seumpama dengan mereka sebagai pemerintah, walaupun mereka dikelilingi oleh para penasihat. Nabi SAW bersabda:
تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِن إِمَارَةِ الصِّبْيَانِ
Maksudnya: Pohonlah perlindungan Allah daripada diperintah oleh kanak-kanak.
[Riwayat Imam Ahmad (2/326)]
Bersifat adil:
Orang yang bersifat adil ialah orang yang tidak melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan memakan riba. Dia juga tidak berterusan melakukan dosa kecil. Oleh itu pelantikan orang fasik adalah tidak sah. Orang fasik ialah orang yang tidak memenuhi syarat-syarat adil. [*]
Bacalah sejarah Umar bin al-Khattab yang sanggup menghukum Muhammad bin Amru Ibn al-‘As (Anak gabenor Mesir) ketika mana beliau berlumba kuda dengan seorang qibti dan beliau kalah yang menyebabkan beliau menampar muka qibti tersebut seraya mendakwa, “aku anak orang yang mulia dan bangsawan”.
Saidina Umar memanggil mereka berdua ke Kota Madinah dan melaksanakan hukuman kepada anak gabenor tersebut, seraya berkata: “Sejak bila kamu memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka dan bebas.” (Lihat Futuh Misr wa al-Maghrib oleh Ibn Abd al-Hakam, hlm. 195)
Mempunyai pengetahuan tentang hukum agama dan dalilnya:
Pemerintah mestilah mengetahui hukum-hakam syarak dan dalil-dalilnya. Pengetahuan ini akan membolehkannya berijtihad ketika perlu. Ini kerana dalam syariat Islam terdapat banyak kes yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW dan hanya pemerintah Islam yang dapat memutuskan hukumnya. Benarlah kata Sayidina Umar R.A:
تَفَقَّهُوْا قَبْلَ اَنْ تُسَوّدُوْا
“Hendaklah kamu belajar dan mendalami ilmu sebelum kamu diangkat menjadi ketua atau pemimpin.”
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/284) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1669)]
Imam Al-Bukhari menambah dengan katanya:
وَبَعْدَ أَنْ تُسَوَّدُوا ، وَقَدْ تَعَلَّمَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي كِبَرِ سِنِّهِمْ
Maksudnya:“Dan juga setelah kamu diangkat menjadi ketua dan pemimpin. Sungguh, para Sahabat Nabi SAW tetap belajar di usia tua mereka." (Lihat Sahih al-Bukhari, hlm. 52)
Bijaksana dan berkefahaman menyeluruh:
Sifat ini membolehkan seseorang pemerintah mampu mentadbir dan menjaga keselamatan negara dan rakyat daripada sebarang ancaman. Kebijaksanaan ini hanya dapat dikesan dan dinilai oleh mereka yang berpengalaman, ahli syura dan mereka yang pernah menjalankan tugas-tugas ini.
Ini kerana pemimpin yang bersabar sahaja dapat menyelesaikan masalah ummah dan layak menjadi ketua, benarlah firman Allah SWT:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Maksudnya:"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami." (Surah al-Sajdah: 24)
Ibn Kathir berkata: Iaitu tatkala mereka sabar dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan dalam menjauhkan larangan-larangan-Nya, membenarkan para Rasul-Nya dan mengikuti risalah yang diberikan kepada mereka, nescaya mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk kepada kebenaran dengan perintah kami, mengajak kepada kebaikan, memerintahkan yang makruf dan melarang kemungkaran. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim,6/430)
Melaksanakan Syariah Islamiyah:
Kami nukilkan pendapat Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya,'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' dengan kataya: Beramal untuk Islam adalah wajib dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk mengabdikan diri kepada Allah dari sudut keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari al-Quran yang menyebut:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (Surah al-Nisa’: 65)
Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib, maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksanakanya hukum Allah turut menjadi wajib.
Selain dari itu banyak kewajipan-kewajipan syariah yang pelaksanaan dan amalan bergantung kepada adanya Khalifah (Imam) sedangkan perlantikan khalifah itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam. Oleh itu seluruh undang-undang yang berhubung dengan sistem-sistem Islam sama ada dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, siasah, malahan semua undang-undang yang berhubung dengan hukum, kanun keseksaan, damai, peperangan, jihad, genjatan senjata, perjanjian damai, muamalah, kemasyarakatan, ekonomi, semuanya ini dan lain-lain lagi adalah antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam.
[*] Dr. Khalid Ali Muhammad al-Anbari di dalam kitabnya Sistem Politik Islam berkata: Sesiapa yang tidak memiliki sifat tersebut akan jatuh ke dalam gaung kesesatan dan kejahilan serta mengikut hawa nafsu mereka dan ini akan memberi kesan terhadap perintah Allah SWT dan hamba-Nya. Ini kerana orang yang tidak bersifat adil dan wara’ tidak akan mempedulikan arahan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga dia tidak akan menghiraukan urusan orang ramai kerana dia telah dilantik untuk menguruskan hal ehwal mereka, serta melaksanakan hukum amar ma’ruf dan nahi munkar kepada mereka.