"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Kata Baginda Rasulullah SAW, 'Jangan kamu banyak menggunakan 'LAU' (andai) kerana 'LAU' itu adalah membuka pintu Syaitan.'
Kenapa membuka pintu syaitan, sebab tidak Redha dengan ketentuan Allah SWT.
Keluar rumah naik kereta, dalam perjalanan kereta pancit,
'Andai tadi naik motorsikal!'
'Andai tadi naik lrt!'
Tetapi Baginda SAW bersabda: 'Bilamana perkara itu berlaku maka hendaklah dia mengatakan:
قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَل
(Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi)
Allah telah mentakdirkan apa yang dikehendaki itu yang akan terjadi.
Tak boleh mengatakan 'LAU'. kerana kita tak tau apa yang akan terjadi di masa hadapan kita.
Yang terpenting adalah mengambil sebab yang terjadi adalah di luar kawalan manusia,
Dan walaupun orang yang beriman kepada Allah SWT bilamana apa-apa berlaku kepada hartanya, kepada ahli keluarganya, kepada temannya, kepada apa saja yang mereka sayangi, bilamana adalah tiba untuk kehilangannya...'Innalillahiwainnailaihiraajiuun',
Tak boleh dia mengatakan 'andai dia nak pergi naik kapal terbang!'
'andai dia cancel satu dua hari lagi'
Dia pun tak tau kalau satu dua hari lagi apa-apa berlaku.
Walau kita berinteraksi kita ini tertakluk dengan sultannya qadar..(qadar sultan)
Kita tak boleh nak melwan takdir,
'Di atas kita punya pentadbiran..ada pentadbirannya Allah SWT'
Bagi orang yang beriman Allah yang menghidupkan, Allah yang mematikan.
Berapa banyak orang berusaha untuk BUNUH Diri,
Dah dikeratnya dia punya tangan,
Orang nampak pergi bawa hospital..boleh selamat.
Yang nak mati..tak mati!
Berapa banyak orang pergi berubat di luar negara untuk sihat..tapi mati di sana.
Allah yang menghidupkan...Allah yang mematikan!
Kematian dan kehidupan bukan milik sesiapa...
Kematian tidak boleh dielakkan oleh sesiapa pun juga..
Bilamana apa-apa berlaku kematian kepada seseorang dengan sebab atau tanpa sebab bukan kerana orang itu mati tapi kerana ajal sudah tiba,
Kerana banyak orang mengambil sebab untuk mati...tapi tak mati!
Berapa banyak orang mengelak diri daripada kematian...akhirnya MATI!