"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Pertama, (Menarik Perhatian)
Kalau agak-agak nak bagi program kita ada sambutan,
Kalau kita rasa masjid kita kurang jemaah,
Kalau kita rasa anak kita tak ada siapa datang meminang,
Kalau kita rasa kedai kita jarang orang masuk...apehal ni?
Antara amalan yang boleh dibaca ialah dengan membaca surah Ar-Ra'du Ayat 1-3,
الٓمٓر ۚ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ۗ وَٱلَّذِىٓ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ٱلْحَقُّ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ ١
ٱللَّهُ ٱلَّذِى رَفَعَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ بِغَيْرِ عَمَدٍۢ تَرَوْنَهَا ۖ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ وَسَخَّرَ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ ۖ كُلٌّۭ يَجْرِى لِأَجَلٍۢ مُّسَمًّۭى ۚ يُدَبِّرُ ٱلْأَمْرَ يُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لَعَلَّكُم بِلِقَآءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ ٢
وَهُوَ ٱلَّذِى مَدَّ ٱلْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ وَأَنْهَـٰرًۭا ۖ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ٣
Balik...hafal..baca!
Yang mana tokey kedai jangan main tulis-tulis lekat, lekat, lekat, tak mau!
Buka kedai baca...tutup kedai baca!
Tuan-tuan imam..lepas sembahyang baca ayat ni jadikan zikir,
Mudah-mudahan orang tertarik!
Itu amalan yang saya buat tuan-tuan!
Antaranya surah Ar-Ra'du mana-mana ceramah saya akan baca.
Mudah-mudahan orang datang untuk mendengar!
Kalau yang mana tak da siapa yang datang meminang, saya suruh baca..
Yang kena baca bukannya mak...tapi anak.
'Saya dah baca..ustaz oii..saya depa minang..anak tak de!'
Kalau dah makcik yang baca (anak tak baca) orang nampak makcik je lah.
Suruh anak tu baca,
Ni anak main Tiktok!
Mak baca..(jodoh) dapat ke mak je lah!
Kedua, (Menghalau HUjan)
Apa dia yang menjadikan penganjur susah hati nak buat program macam ni?
Hujan!
Kita nak kenduri kahwin apa yang tuan rumah takut?
Hujan!
Kita nak buat program di padang, apa yang orang takut?
Hujan!
Nak pergi sembahyang ke masjid pun kadang-kadang!
Allah hujan pulak!
Kalau hujan tuan-tuan janganlah panggil bomoh hujan!
Bakarnya kemenyan di tengah-tengah tu!
Tengah dok macam tu petir menyambar...sudahnya mati depan tu!
Jadi tuan-tuan bacalah doa ni.
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا
Allahumma Hawalaina Wala 'Alaina
Ya! Allah Turunkan hujan ini di sekitar kami jangan di atas kami.
Jadi tuan-tuan amalkan ayat ni nanti bila hujan turun baca.
Mudah-mudahan hujan tu pergi tempat lain.
Ketiga, (Menundukkan Kesombongan)
Apa yang saya tak jumpa sepanjang saya berceramah?
Macam-macam, antaranya samseng!
Kena cekak baju ni...pernah!
Calar kereta saya! kena..
Kadang-kadang saya ceramah,
Ada di satu masjid..dia bertempik dekat pintu besar.
'Oi..kazim!'
Yang saya seronoknya antara ramai-ramai yang ada tak ada siapa yang bangun!
Dia jalan, jalan, jalan, jalan...(ke depan)
'Haa..kena dah aku dah!' (dalam hati)
Saya baca satu Ayat,
Dia duduk di sebelah saya.
'Ha! dengar sampai habis ceramah ya!'
Habis ceramah saya tampar belakang dia,
'Ceramah dah habis..pergi balik!'
Ada tak saya jumpa samseng jalan raya?
Ada, yang tunjuk2 kayu hoki semua ada.
Tunjuk2 stering lock pun ada..macam-macam.
Kakak-kakak yang sini suami panas barang, asik penampar saja!
Kita kat sini pemimpin kadang-kadang cakap kasar-kasar.
'Oi!..Kalau setakat tu tak yah datang lah..wuu..!'
Haram betul tuan-tuan, samseng kampung dusun!
Baik, ada satu ayat yang boleh tuan-tuan amalkan untuk menundukkan kesombongannya,
Surah Taha, Ayat 55
Simpan ayat ni tuan-tuan!