بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, No. 3461 dalam Sahih-nya]
"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, No. 3461 dalam Sahih-nya]
Sumber : blog
Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal diperoleh bagi orang yang mengamalkan puasa sunat ini dalam kehidupan seharian mereka.
Antara kebaikannya ialah:
1. MEMPEROLEH GANJARAN PAHALA PUASA SETAHUN
Daripada Qatadah bin Milhan r.a, katanya Rasulullah SAW berkata;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ،
وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
“Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (hari-hari putih) iaitu tiga belas, empat belas, dan lima belas haribulan. Baginda juga bersabda: puasa pada tiga hari tersebut umpama berpuasa setahun”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, No. 2449)
Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامِ البَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Sauma Ayyamul Bidh Sunnatan Lillahi Ta'ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Ta'ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Ta'ala
2. DAPAT MENINGKATKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
Seperti yang kita ketahui, berpuasa ini sangat bagus bagi kesihatan manusia.
Berdasarkan kajian saintifik, puasa sunat ini dapat membantu dalam mengawal penyakit-penyakit berikut:
Mengurangkan tekanan darah
Mencegah kencing manis.
Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung.
Mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD).
Meningkatkan daya tumpuan otak.
3. MENGIKUT DAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI
Jadi dengan mengamal dan melakukan puasa Ayyaamul Bidh ini, kita mengikut amalan Rasulullah S.A.W secara tidak langsung.
Perkara ini, seterusnya akan membantu kita sebagai umat nabi Muhammad untuk mendekatkan diri kita dengan Baginda dan Allah S.W.T.
4. MENJADI BENTENG MENCEGAH MAKSIAT
Dengan melakukan puasa sunat Ayyaamul Bidh ini, ia mampu melatih sifat sabar dan menjadi benteng yang melindungi diri seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat, juga memeliharanya daripada azab di akhirat.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ
“Puasa adalah perisai. Maka (orang berpuasa) janganlah berkata keji dan janganlah bertindak jahil. Jika seseorang hendak bergaduh atau memakinya, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa” diulangi dua kali.”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 1894)