"..Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
[Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya]
Uthman Bin Affan r.a berkata : 'Kesungguhan dan fikiran dalam urusan dunia merupakan kegelapan hati'.
Maksudnya semua pautan (concern) kepada dunia itu sebenarnya adalah kegelapan pada hati,
Rungsing ni adalah pasal dunia aje,
Kerungsingan dia, keresahan dia semuan pasal dunia.
Bangun dari tidur itu yang difikirkannya...(benda dunia!)
Sebelum dia tidur itulah perkara yang difikir.
Kerungsingan pada dunia sudah begitu melekat pada dirinya,
Sampai apa yang dia bersedih disebabkan benda tu,
Benda yang dia gembira sebab benda tu..
Dunia...itu bermakna bila jadi HAMBA DUNIA!
Jadi selagi mana manusia itu hatinya berpaut pada yang Haq,
Maka hati itu bercahaya..dengan cahaya Allah SWT.
Jadi apabila hati bersama dengan Al-Haq,
Hati itu kuat,
Hati itu akan tetap tenang, tenteram, redha dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan,
Hatinya memiliki satu sifat yang mana dia mendapat shelter yang kuat dari Allah SWT.
Ada orang dia bina luaran je,
Tapi dia tidak bina hati dia,
Maka apabila terkesan sedikit sahaja daripada dunianya,
Maka hatinya seperti gila..
Fikirannya seperti orang gila,
Sikit saja dunianya terjejas..
Tapi sebab hatinya tiada Allah SWT,
Maka dia menjadi orang yang tertekan.
Problem di dunia ini..
Ianya buka satu problem yang hakiki..
Ia hanya sebagai gula-gula sahaja daripada Allah SWT.
Dunia boleh pergi dari diri kita,
Tapi kita dengan Allah SWT tidak boleh pergi!
Rasa kebersamaan dengan Allah SWT tidak mungkin dirosakkan dengan keduniaan yang rendah..yang hina,
Yang kita akan tinggalkan,
Ianya akan pergi berlalu,
....dan kita melintas dunia ini di arah jambatan untuk kita menuju ke akhirat.
Jadi tidak mungkin kerana dunia ini kita benci seseorang.
Kerana dunia ini kita iri hati kepada orang...
Dunia tidak menjadi tumpuan, pautan,
Tidak menjadi concern kita di sini,
(Kerungsingan kita, keresahan kita bukan pada dunia),
Tapi bagaimana untuk mendapat REDHA Allah SWT.