Saya ingin mengajarkan beberapa doa yang memang ada asasnya dalam Al-Quran dan as-sunnah,
Faktor yang mendorongkan saya untuk mengajarkan kaedah-kaedah doa kerana saya dapati di dalam media social ada orang-orang tertentu telah mengajarkan pelbagai doa yang didakwa doa paling mustajab.
Sehingga orang hutang beratus ribu dalam sekelip mata dapat dibayar.
Ada yang menggunakan 'nlpehq mega policies hepnosis' dan sebagainya.
Dan yang terbaru ialah kaedah nafas doa.
Kalau kita perhatikan ia bukan ada asasnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Dibimbangi ada unsur-unsur sihir.
Ada unsur-unsur syaitan yang boleh merosakkan akidah kita.
Semuanya dalam Al-Quran sudah Allah dah ajarkan kepada kita,
Pertama sekali,
Apabila kita menghadapi pelbagai masalah hidup,
Masalah ekonomi, sosial, politik dan apa saja masalah hubungan suami isteri ke,
Di dalam Al -Quran Allah sudah ceritakan,
Nabi yunus menghadapi masalah besar iaitu masalah beliau ditelan ikan.
Dalam perut ikan tu tentunya gelap,
Oksigen mungkin kurang,
Kemudian laut yang dalam gelap,
Ulama' kata kemurkaan Allah lagi gelap.
Kalau kita bandingkan dengan kesusahan yang kita hadapi sekarang ni,
Memang jauh lah..
Lebih hebat lagi apa yang dihadapi oleh Nabi Allah Yunus A.s tapi Nabi Allah Yunus dilepaskan dari malapetaka itu dalam keadaan yang tak disangka-sangka,
Dan kita pun dah semua tahu,
Ketika di dalam perut ikan tu Nabi Yunus A.s dia tidak berdoa..
'Ya Allah lepaskan aku daripada perut ikan ni..kalau tidak aku mati, cepat lah ya Allah.'
Tak ada!
Tapi apa yang dibaca oleh Nabi Yunus A.s seperti yang Allah ceritakan dalam Al-Quran ialah dia bertasbih sambil mengaku dia salah,
'La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'
Dibaca terus dan akhirnya Allah lepaskan.
Bukan saja lepaskan tapi lepaskan dengan cara yang paling mudah.
Ikan itu pergi ke pantai,
Nabi Allah Yunus dimuntahkan ke pantai,
Selamat!
Selain daripada dilepaskan Nabi Allah daripada bala itu,
Maka Nabi Allah Yunus dipuji oleh Allah,
Dan beliau mendapat pahala yang berterusan sampai hari kiamat.
Kerana tasbihnya itu semua manusia yang beriman membacanya termasuklah tuan-tuan.
Saya nak ajar bagaimana guru saya ajar mengamalkan tasbih Allah Yunus ini.
Guru saya ajar satu malam kita pilihlah mana-mana malam,
Kita bangunlah Tahajjud seperti biasa,
Kalau tak Tahajjud pun bangunlah tengah malam,
Pukul 1 ke, pukul 2 ke, tak kira lah...
Bila dah bangun guru saya ajar,
Yang pertama hendaklah lakukan solat sunat taubat dua rakaat yang ringan,
Mohon kepada Allah supaya Allah ampunkan semua dosa yang kecil, yang besar, yang lepas, yang akan datang, yang kita tau, yang kita tak tau zahir dan batin,
Supaya Allah bersihkan zahir dan batin kita sebersih-bersihnya,
Selepas itu kita segeralah sembahyang solat sunat Hajat.
Hajat apa tadi kalau kita menghadapi kesusahan, bala dan sebagainya, penyakit, untuk apa-apa masalah, ada anak yang tak pernah balik dah 5 tahun 10 tahun.
Setengah orang jalan mudah anak tak balik 10 tahun jumpa pawang,
Pawang mintak baju si anak,
Baju si anak digantung dipangkah dengan kapur,
Si anak sakit berbulan-bulan,
Ini tak betul-tuan-tuan,
Jadi lepas sembahyang taubat sembahyang hajat dua rakaat,
Mintak lah apa yang kita nak,
Apa masalah yang kita hadapi,
Kalau kita ada tanggungan hutang 100k,
Mintak lah,
Ya selesaikanlah hutang aku ni ya Allah! Tolonglah ya Allah!
Selepas sembahyang hajat ni tuan-tuan,
Baca Al-Fatihah sekali dan niatkan,
'Ya Allah! sampaikanlah pahala bacaan Al-Fatihah ni kepada Rasulullah SAW dan semua umatnya yang soleh,
Satu lagi Al-Fatihah niatkan 'Ya Allah ! Sampaikanlah..pahala bacaan Al-Fatihah ini kepada Nabi Allah Yunus,
Lepas tu kita bacalah,
'La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'
Kalau kita bermuda daripada pukul 2,
Tak usaha berhenti sampai azan subuh,
Kalau mengantuk kata guru saya boleh minum minuman yang boleh menyebabkan kita hilang mengantuk,
Setengah orang kopi,
Tapi drebar-drebar lori yang pernah berkawan dengan saya,
Ustaz kalau nak hilang mengantuk ni senang je,
Bawak cili api kalau dah ngantuk gigit,
Nanti kalau dah pedas,
Keluar air mata oksigen pun sampai ke otak haa segar lah kita!
Tak nagntuk satu malam,
Atau pun berjalan dalam rumah mundar mandir,
Baca sampai subuh.
Sesudah saya diajar oleh guru saya tuan-tuan,
Saya sendiri pun memang dah amal,
Ada hamba-hamba Allah memang hadapi masalah,
Sebab saya ada pusat rawatan,
Saya buka pusat rawatan Islam ni sejak tahun 1994 sampai sekarang,
Sekarang setiap hari hitung panjang dalam 2-30 orang datang berbagai penyakit.
Jadi ada hamba-hamba Allah,
Yang datang menghadapi berbagai-bagai masalah,
Saya ajar supaya mereka melakukan, mengamalkan kaedah ini,
Yang terakhir tuan-tuan,
Seorang suami, seorang ustaz,
Isterinya menceraikan fasakh di mahkamah,
Sudah 7 bulan.
Suaminya rayu-rayu supaya tarik balik,
Tapi isterinya tak mahu,
Isterinya ustazah bukan sebarang orang,
Bukan ada sebab,
Jadi ustaz ni jumpa saya,
Saya ajarlah macam tadi,
Pasal saya malam ni jugak ustaz buat,
Malam tu jugak tuan-tuan ustaz tu buat di surau saya,
Dia buat daripada jam 1 malam sampai lah azan subuh,
2 hari selepas itu isterinya talifon dia,
Dia kata dia tarik balik lah fail,
Jadi ini lah dia tuan tuan doa ustaz ini dikabulkan ya Allah.
Wallahu a'lam.