Maksud Narsistik (Gangguan Personaliti Narsistik
(NPD)
Maksud narsistik adalah gangguan mental yang menyebabkan seseorang mempunyai imej diri
yang berlebihan, obses dengan kehebatan diri dan kurang empati terhadap orang lain.
Walaupun mungkin kelihatan seolah-olah mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
individu dengan NPD sebenarnya mungkin mempunyai harga diri yang agak rendah dan ia
adalah antara kelemahan narsistik.
Mereka juga memerlukan penghargaan daripada orang lain untuk berasa lebih baik tentang
diri mereka.
Tanda-tanda individu Narsistik
Ciri-ciri orang yang ada masalah Narsisistik.
Antara ciri orang Narsistik ialah:
- Sentiasa ingin menjadi pusat perhatian.
- Merasakan diri lebih baik berbanding orang lain.
- Sukar untuk menerima kritikan.
- Memiliki harapan yang tidak realistik terhadap orang lain.
- Memanipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang diingini.
- Kesukaran memahami dan menghormati perasaan orang lain.
- Mengalami cemburu dengan mudah.
Apakah punca yang menyebabkan Narsistik
Penyebab bagi gangguan NPD ini tidak diketahui dengan jelas.
Akan tetapi, gabungan faktor genetik, persekitaran dan pendidikan awal seseorang dipercayai
menjadi faktor penyebabnya.
Pengalaman kehidupan seperti ditinggalkan semasa kanak-kanak atau kegagalan mendapatkan
sokongan emosi mungkin juga mempengaruhi perkembangan NPD.
Faktor risiko yang menyebabkannya
Walaupun tidak ada faktor risiko secara khusus yang menyebabkan narsisistik, namun
beberapa situasi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang mendapat gangguan NPD.
Antaranya termasuklah mempunyai ibu bapa yang gemar memanjakan anak sejak kecil atau
diberi pujian atau kritikan berlebihan.
(Hargailah orang di sekeliling anda!)
Selain itu, trauma ketika zaman kanak-kanak, dan masalah hubungan dengan ahli keluarga
semasa remaja juga adalah antara faktor risiko narsisisme.
Diagnosis yang boleh dilakukan
NPD biasanya didiagnosis oleh pakar psikiatri atau psikologi dengan melakukan temu bual
dan penilaian klinikal.
Diagnostik ini biasanya berdasarkan pada tingkah laku dan ciri-ciri yang telah dinyatakan.
Rawatan yang tersedia
Walaupun NPD adalah salah satu gangguan personaliti yang sukar dirawat, namun terapi
individual, terapi kelompok dan ubat-ubatanboleh membantu dalam mengurangkan gejala.
Rawatan bertujuan Untuk membantu seseorang memahami dirinya, membangun hubungan
yang sihat dan meningkatkan harga diri sebenar.
Tips jika bertemu dengan seorang Narsistik
Ikut 5 tips di bawah ini ketika berhadapan dengan mereka yang Narsisistik.
Bertemu dengan seseorang yang memiliki sifat dan maksud narsistik boleh menjadi cabaran.
Interaksi mereka boleh membuat kita merasa tidak dihargai, dikritik, atau bahkan dimanipulasi.
Namun, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan kita menjaga diri sendiri
dan berinteraksi dengan cara yang positif.
- Bina batasan:
Anda perlu menentukan apa yang dapat dan tidak dapat anda terima dalam
perhubungan, sama ada perhubungan persahabatan, keluarga atau romantik.
- Elakkan konfrontasi:
Individu dengan NPD sering kali merasa terancam atau diserang jika dikritik.
Elakkan memberikan kritikan langsung dan gunakan pendekatan yang lebih
lembut.
- Dengar tanpa mengesahkan:
Anda boleh mendengar tanpa perlu bersetuju dengan pandangan atau perasaan
mereka.
- Jaga diri anda sendiri:
Penting untuk menjaga kesejahteraan mental anda sendiri. Jika anda berasa
terlalu tertekan, carilah sokongan daripada ahli keluarga, kawan atau pakar.
- Pertimbangkan terapi:
Jika anda mempunyai hubungan rapat dengan seseorang yang narsisistik,
pertimbangkan untuk mendapatkan terapi atau kaunselingbagi mendapatkan
strategi dan cara untuk menghadapinya.
Menghadapi seseorang dengan NPD boleh dikatakan satu cabaran namun bukan halangan!
Kesimpulan
Kini anda telah mengetahui apakah maksud narsistik.
Gangguan personaliti narsisistik bukanlah sekadar sifat yang egois (mementingkan diri sendiri)
atau bermegah.
Ia adalah gangguan mental yang serius yang memerlukan perhatian dan pemahaman daripada
masyarakat.
Sebagai anggota masyarakat, tugas kita adalah untuk memahami dan tidak menghakimi
seseorang walaupun pasangan narsistik kita sendiri!