Buatlah baik masa hidup kita di dunia.
Walaupun orang tak suka kita tapi Allah suka, jadilah.
Nabi kata apa,
'Manusia ni akan mati dengan apa yang dia suka'
Kita akan mati dengan apa yang kita suka,
Kita buat benda baik kita harap mati dengan benda baik.
Satu cerita bagaimana Ustaz Harun Din yang cerita,
Ketika mak dia nak meninggal,
Bulan puasa 17 Ramadan,
Hari Jumaat malam tu,
Mak dia kata,
'Eh aku tak mahu makan lagi,
Aku nak pergi masjid,
Aku nak habis baca Al-Quran'
Dia hidup baca Al-Quran,
Hidup dengan masjid!
Dia pun pergi ke masjid.
Bukan makan pun,
Dia buka puasa makan kurma dan minum air dan baca al-Quran.
Tiba-tiba tengah baca Al-Quran dia jatuh,
Dia mati dengan apa yang dia suka!
Dia mati pula 17 Ramadan,
Dalam bulan Ramadan,
Dia mati malam Jumaat,
Dia mati dalam wudhu',
Dia mati pula tengah baca Al-Quran,
Dia mati dalam masjid,
Kita nak kata apa orang macam ni?
Jamin Syurga Allah!
Wallahu a'lam.