Sumber: ytube
Syaitan ini bila dengar je,
Ada orang yang keluar dariapda rumah ucap,
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ
Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah La Hawla Wala Quwwata illa Billahil 'Aliyil 'Adzim.
Bermaksud:
Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Syaitan sama sama syaitan terus bercakap,
'Tidak ada peluang lah bagi kita untuk menganggunya lagi kerana dia telah dapat perlindungan daripada Allah, telah mendapat kecukupan daripada Allah dan dia telah mendapat petunjuk.
Tiga perkara yang kita akan dapat daripada Allah bila kita ucap kalimah itu tadi:
1. Dapat perlindungan dari Allah S.W.T
2. Dapat petunjuk agar segala urusan menjadi lancar.
3. Dapat kecukupan dalam kehidupan.
Subhanallah.