Telah berkata musollif tuan pengarang kitab ini yang bernama As-Syeikh Imam Muna An-Nawi Al-Bintani dalam kitab yang bernama Nasohil 'Iban, nasihat² calon² penghuni syurga Allah 'Azzawajalla, dengan katanya, berkata Amirul mukminin Sayyidina Uthman Bin Affan r.a, barang siapa yang menjaga solat lima waktu pada waktunya dan secara berterusan dalam (istiqmah) melaksanakannya, maka Allah swt memuliakannya dengan sembilan kemuliaan.
1. Yuhibuhullah (Dicintai Allah)
Martabat yang pertama ialah, Allah swt sayang. Tanda Allah sayang ialah diberikan ujian yang banyak dalam kehidupan. Makin banyak solat makin jaga waktu makin banyak ujian. Kenapa Allah buat macam tu? Sebab dunia ni bukan tempat selama-lamanya, tapi dunia ni memang tempat atau medan ujian. Bila kita dah kembali kepada Al Quran, bila dah kata dunia ni tempat ujian, maka layaklah Allah swt uji kita.
2. Wayakunu badanu sohihan (Badan selalu sihat)
Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
3. Watah rusuhul malaikatu
(Dijaga oleh malaikat)
Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.
Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.
Pergi mana² malaikat jaga. Dalam keadaan apa jua malaikat jaga.
4. Wa tanzilul barakatuhu fid darihi
(Turun berkat pada rumahnya)
Rezeki bertambah dan kebaikan bertambah.
Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.
Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.
5. Wa yaz haru 'ala wajhihi saibus solihin
(Nampak pada wajahnya tanda orang² soleh (cahaya))
Nampak bukan dengan mata zahir, tapi dengan mata hati. Orang yang nampak itu orang beriman bukan orang yang kufur. Orang yang kufur tak nampak tanda² keimanan. Melainkan orang kufur yang diberi hidayah.
Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,
"Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat." Riwayat At-Tirmizi
Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.
6. Wayali dullah qalbahu
(Allah akan melembutkan hatinya)
7. Yamurru a'asirat kal barkilla mik.
(Melalui titian sirat secepat kilat)
8. Wayu ajjaihilla hi minannar
(Diselamatkan dari api neraka)
Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,
"Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." - Riwayat Imam Ahmad
9. Wa yunzuluhallahu fijauriddin
(Allah menempatkan dikalangan orang yang tidak takut dan tidak bersedih)
Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij,
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang." - Surah al-Ma’arij, ayat 19
Wallahu a'lam.