Sumber: blog
Jika anda mengalami masalah sukar tidur, disini saya kongsikan 12 cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita tidur:
1. Meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang terhadap kita
2. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.
3. Jangan berangan-angan tanpa noktah.
4. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.
5. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.
6. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentu. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.
7. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.
8. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat relaks untuk tidur.
9. Pastikan suasana bilik selesa. Anda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.
10. Membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), berselawat, syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman sebilik.
11. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.
12. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu realiti.
Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .