Sumber: blog
Melaungkan takbir raya secara lantang pada hari selain daripada hari raya dan hari tasyrik adalah perkara yang tidak disunatkan untuk melakukannya dan ia boleh mendatangkan kejanggalan dan fitnah dalam kalangan masyarakat. Namun, sekiranya ia dilakukan secara bersendirian maka dibenarkan bahkan digalakkan kerana berzikir kepada Allah SWT merupakan perkara yang dituntut di lakukan pada bila² masa, dan takbir raya merupakan salah satu daripada zikir kepada Allah SWT. Manakala, melaungkan takbir raya pada selain hari raya akan menyebabkan mayat di dalam kubur menangis tidak dijumpai nas dan dalil yang menyebutkan sedemikian.
Bahkan bertakbir adalah zikir atau ucapan yang disukai oleh Allah SWT berdasarkan keumuman hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA, sabda Nabi SAW:
أَحَبُّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. لَا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ
Maksudnya: Empat ucapan yang sangat disukai oleh Allah SWT: Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (Lailahaillallah) dah Takbir (Allahu Akbar). Tidak menjadi sebarang masalah untuk kamu mulakan yang mana satu.
-Riwayat Muslim (2137)
Berkenaan dengan hal ini, Imam al-Nawawi menukilkan pandangan Imam al-Haramain, katanya:
جَمِيعُ مَا ذَكَرْنَاهُ هُوَ فِي التَّكْبِيرِ الَّذِي يَرْفَعُ بِهِ صَوْتَهُ وَلِجَعْلِهِ شِعَارًا أَمَّا إذَا اسْتَغْرَقَ عُمْرَهُ بِالتَّكْبِيرِ فِي نَفْسِهِ فَلَا مَنْعَ مِنْهُ
Maksudnya: Setiap yang telah kami sebutkan adalah untuk takbir yang dilaungkan dengan suara yang lantang dan dijadikan syiar. Namun, sekiranya menghabiskan umurnya dengan bertakbir bersendirian maka tidak ada tegahan daripadanya.
Wallahu a'lam.