Sumber: Blog
Sebagaimana yang digambarkan Allah SWT di dalam al Quran melalui surah at-Taubah ayat 72, Allah berfirman yang bermaksud “Allah telah menjanjikan kepada orang laki-laki dan perempuan yang beriman dengan jannah (taman/syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, kekal mereka di dalamnya dan (mendapat) tempat tinggal yang baik di dalam Jannati (taman/syurga) ‘Adni. Dan keredaan Allah itulah yang lebih besar, itulah kejayaan yang cemerlang”.
3 amalan yang menjadi jambatan untuk seseorang mukmin menjadi penghuni syurga Allah yang amat indah sebagaimana yang digambarkan di dalam surah at-Taubah seperti yang dikongsikan di atas.
1. Membina hubungan yang akrab dengan Allah SWT melalui solat.
2. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ataupun berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang sangat dituntut oleh Allah SWT.
3. Membina silaturahim sesama manusia.
Dimulakan dari dalam rumah melalui hubungan kekeluargaan, kemudian dgn jiran tetangga, sahabat handai dan kawan-kawan hatta mereka yang baru sahaja dikenali menjadi jalan bagi mukmin menuju ke syurga Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wallahu a'lam.