Sumber: Ytube
Kata para ulama', apabila kalian mendapati bahawa hati dan mulut kalian sentiasa memohon kepada Allah tentang suatu perkara, ketahuilah Allah akan memakbulkan perkara itu, permintaan itu.
Tuan tuan muhasabah 10 saat, siapa hari² minta redha Allah, minta syurga Allah, siapa yang bahkan bukan tiap² hari, tapi tiap² jam mulut dan hatinya akan sebut 'ya Allah masukkanlah aku dan ahli keluargaku ke dalam syurgamu tanpa dihisab, dihitung dan tanpa diazab'.
Kata Imam Ibnu Athoillah asakandari, ketahuilah Allah akan bagi permintaan itu. Sebab yang mengingatkan kita ialah Allah. Yang mengingatkan hati kita, yang menggerakkan bibir kita untuk memohon redha dan syurga ialah Allah. Bukan kita. Kalau kita semua lupa, kunci kereta lupa, kunci rumah lupa, sidai baju lupa, gas nak habis lupa, had teruk lagi minyak motor lupa, yang minyak motor lupa ni. Nak suruh ingat syurga hari², payah.
Tapi bila hati dan mulut dia selalu sebut tentang syurga, Allah yang peringat kerana Allah nak bagi benda tu.
Wallahu a'lam