Sumber: Ytube
Adakalanya kita tak wajib berkata benar, dan kita tak wajib menceritakan rahsia, walaupun perkara itu benar dan walaupun perkara itu nampak kita ini lebih warak ataupun orang yang takutkan Tuhan.
Contohnya:
Kalau kita cerita, jadi aiblah kita sedangkan kawan kita tanya. Sedangkan kita sudah bertaubat. Maka setengah ulama kata haram cerita.
Nabi pernah berkata: "Siapa yang telah melakukan dosa, kemudian dia bertaubat kepada Allah, lalu Allah ampun kan dosanya dan Allah simpan rahsia itu tetapi dia menceritakan rahsia itu pula ke orang lain, lalu Allah sangat² murka."
Jangan cerita ke orang. Yang kita boleh cerita adalah dosa secara umum.
Contoh: Dulu kita lagha/lalai. Dulu kita banyak dosa. Tak pa begitu. Tapi jangan bahagian yang khususiah, menyebabkan jadi aib dan jadi fitnah dan sebagainya. Allah kata 'Aku sudah ampunkan, dia pergi khabar pulak.' Jadi Allah swt murka orang begini. Sekalipun pasangan kita tanya. Kita kawin, dulu pernah jahat. Berzina dan seumpamanya.
Contoh:
'Abang nak tanya ni, ikhlas. Jawab dengan ikhlas. (Malam pengantin). Dulu pernah tak berzina? Tak marah, nak tanya saja.'
Tak wajib berkata benar (jawapan benar)
Kerana hati manusia boleh rosak sekelip mata. Dan perkahwinan itu akan hancur lebur.
'Tak usah buat warak, pernah abang, pernah, 76 kali"
Jangan, walaupun kita berzina dengan anak orang ape semua. Anak dia tu dah jadi baik dah, kita pergi cerita pulak ke ayah dia.
'Minta maaflah pakcik ye, saya ni dulu berzina dengan anak pakcik 11 kali.'
Jangan! Rosak hati orang ape semua. Faham.
Mengadulah kepada Allah perkara yang benar itu. Kerana Allah sebaik² penyimpan rahsia. Kawan kita baik walau macam manapun kalau bergaduh dia khabar juga. Juga orang yang paling rapat dengan kita pasangan kita. Sebab tu dalam islam bila bercerai haram dedahkan keaiban pasangan masing².
Tapi apa yang berlaku dalam masyarakat, bila bercerai, bawak keluar habis.
Jadi bukan kita nak menipu. Kita nak menjaga maruah.
Wallahu a'lam