Sumber: Ytube
Orang yang nak menghadap kepada Allah, 5 perkara ini perlu wujud dalam kehidupan:
1. Perlu bertaubah, Rasulullah beritahu kita aku telah bertaubat sehari 100x. Kita belum bertaubat 100x hari ni. Kita sampai sekarang masih baca dan tengok aib orang lain. Berapa istighfar satu hari. Kena tanya.
2. Perlu ada kenderaan yang baik. Perlu ada kesungguhan bertemu dengan Allah. Kena tanam rasa nak masuk syurga. Berapa kali tanam dalam hidup, selalu kita tak rasa sebab kita rasa solat, puasa, sedekah kita dah mampu buat kita masuk syurga.
3. Perlu ada senjata yang kuat iaitu amalan yang khusus, contoh istighfar, baca al Quran, selawat. Nak berjalan pada Allah kena ada senjata yang hebat, kerana di sekeliling kita penuh tipu daya.
4. Perlu ada sahabat. Carilah sahabat yang perkataannya sentiasa menunjukkan jalan untuk diri dekat dengan Allah.
5. Carilah seseorang yang dapat membimbing kita zahir dan batin, dia berikan kita ilmu, ilmu jasadiah, zahiriah dan ilmu rohaniah. Bukan betulkan cara solat saja, tapi dia tunjukkan cara macam mana untuk diterima solat. Jaga syarat, jaga rukun, sah pada fekah. Dia mengajar ikhlas kerana Allah.
Wallahu a'lam.
Kategori: Muhasabah Dan Peringatan