Sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat seseorang, Dia akan mencetuskan rasa seronok untuk beribadah. Sabda Rasulullah:
إذا أراد الله بعبدٍ خيرًا طهَّره قبل موته، قالوا: وما طهورُ العبد؟ قال:عملٌ صالح يُلهِمه إياه حتى يقبضَه عليه
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat seseorang, dia akan menyucikan hati hamba tersebut sebelum kematiannya.
Lalu sahabat bertanya: Bagaimana Allah menyucikan hati tersebut?
Sabda Rasulullah: Dengan mengilhamkan baginya untuk melakukan amal soleh sehingga dia meninggal." (HR al-Tirmizi)
Semoga Allah mengurniakan kita keseronokan beribadah sehingga akhir hayat. Aamin.
~DASA