Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda: " Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkkan perkara yan akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku sehinggakan tikaman duri yang menyucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian dari dosa- dosanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Salim, dari bapanya R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Orang Islam ialah saudara orang islam yang lain, janganlah ia menganiayakan dan jangan juga ia membiarkannya dianiayakan oleh pihak musuh, sesiapa yang menolong saudaranya mencapai perkara yang diperlukan, Allah pula akan menolongnya mencapai hajatnya, dan sesiapa yang melegakan kesusahan yang dihadapi oleh seseorang muslim, nescaya Allah akan melegakan satu kesusahannya dari kesusahan kesusahan (yang ada pada) hari kiamat, dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Sahih dan Muslim)