إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّہُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً
(٧)
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7)
Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed. (7)
[Surah Al-Kahfi: 7]
...........
Dari perhiasan² yang Allah cipta sebagai ujian di dunia, Allah nak tengok siapa yang memilikinya itu yang lebih baik dalam memanfaatkannya. Wallahu a'lam.
Sewaktu aku membaca ayat ni dan maksudnya. Kepala otak aku..terbayang dan tercontohkan ke arwah ct sarah. Tak habis² taksub ke kemampuan yang Allah berikan ke si bidadari ni..hehe. MashaAllah. Innalilillah.
Jelas, perhiasan dunia yang diraihnya itu digunakannya untuk jalan Allah. Dia tahu..dengan memanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah, Allah menilai itu lah yang lebih baik.
Dia sedang melayan hati dan fikiran yang sedang diilhamkan oleh Allah dengan ikhlas.
Dia ada harta kebendaan, ada duit..hasil dari beberapa perniagaan hingga dari hasilnya itu ia mampu bersedekah..memiliki rumah mewah sebagai keselesaan beribadah dan keselesaan dirinya dan orang² sekeliling..memiliki kereta sebagai mempermudahkan urusan agama dan urusan keduniaan yang mencambahkan lagi peluang² berbakti pada Allah..hingga ke tahap dia pun mampu memiliki hati yang bahagia. Segalanya bagai recycle. Sedekah, perniagaan berkembang, hasilnya bersedekah. Dan lebih berkembang lagi..dan lagi...sedekah..dan..sedekah lagi.
Allahu.
Beza mewah atau tidak itu hanya pilihan..atau demi kepuasan. Seperti mana diri memilih untuk akhirat diri. Nak yang lebih hebat di dalam nya, dengan meningkatkan amal ibadah.
........
Diri: Apa yang lebih baik pada pandangan Allah?.
Allah swt: Amal siapa yang lebih baik pada Ku?.
Wallahu a'lam..