Dunia itu tempat persinggahan sementara begitu juga dengan nasi guring ini..hanya sementara menyinggah ke alam perut. Nanti dia ke alam lain pulak. Faham² je lah alam apekah itu..munculnya di bilik air? Yang pasti ia bukanlah alam flora. Hakikat alam dia dah tau ke mana..alam diri tak tau lagi nak menuju ke mana..belah utara ka akhirat tu..bawah tanah kah akhirat tu..di alam ghaib kah..semua orang tak tahu..wallahu a'lam...lepas tu akan disalur ke mana..ke kiri (neraka) kah atau syurga (kanan) bergantung pada redha Allah merujuk amal baik buruk diri di dunia..Allahu..semuanya harus difikirkan.
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وَٲحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Surah Al-Kahfi: Ayat 110)
Kenapa nak kena beramal soleh baru bertemu dengan Allah..simple..sebab tempat orang yang beramal soleh itu di syurga..dan di syurga sajalah diri boleh bertemu Allah...
Haii..rugilah kalau tak dapat masuk syurga..tak dapat tengok Allah. Di luar syurga tak dapat..di neraka apetah lagi...istimewa hanya untuk penduduk syurga saja..
Pasti diri teringin kan suatu masa..melihat Tuhan yang selama ni telah memberi diri rezeki..Tuhan yang telah memelihara dan mencipta seluruh alam dengan kemurahan dan kasih sayangNya...dengan kekuasaan dan keagunganNya yang diperlihatkanNya nyata di depan mata tanpa tujuan menguji lagi di sana...mashaAllah..dan dengan zatNya yang Maha indah jelas dan nyata, berharap jua jikalau dapat menyaksikan sendiri..tatkala diri berada dalam pelukan kasih sayangNya..mashaAllah..semua diri nak hadapi..lihat dan rasai...kerana rindu, rindu selama di dunia selalu berjumpa namun tak pernah nampak dan dibalas kata², hanya diri berkata² sendirian...
Sedang apa yang diperbuatnya pada diri ni..gambaran berada dalam lidungan dan pelukan limpahan rahmat kasih sayangNya atau murkaNya..diri tak nampak dan terkadang tak terasakan dijentik sedikitpun..terbiar dalam salah atau dalam rahmatNya...hanya Dia saja yang maha tahu dan hakikat apa yang terjadi di sebaliknya. Harus selalu percaya bahawa..Allah berkuasa berbuat apa saja jika Dia berkehendak. Bukan kerna Allah tak tahu harus berbuat apa..tapi kerna dunia ni hanyalah tempat ujian..sedar Dia (Allah) lebih tau kerna Dia maha luas dan maha dalam ilmu pengetahuanNya. Allahu.
Melihat dan bertemu Mu ya Tuhan..istimewa buat penduduk syurga Mu yang taat. Tempat orang² yang sabar...dan tunduk padaMu di dunia ini...Allahu..
Wallahu a'lam..