Firman Allah serta terjemahannya:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun. (Al Mulk: Ayat 2)
Dalam ayat ni Allah berfirman Dia menghidupkan diri untuk diuji di antara diri hambaNya ni siapa yang paling baik amalnya.
Cuba diri bayangkan diri seorang yang merencanakan sesuatu program pertandingan. Dalam pertandingan tu diri nak tengok siapa yang terbaik dan berjaya melengkapkan dan menyudahkan sesuatu tugasan dengan lebih sempurna dan lebih baik mengikut masa yang diberikan..dia akan dipilih sebagai pemenang dan dialah pemenang.
Dan diri sebagai peserta pula, mestilah dengan rasa mahu menang...terus berlumba² menyudahkannya dengan terbaik sebelum masa yang diberikan tamat.
Aka..
Sebagai orang yang berlumba² bagaimana perasaannya...apabila dikerah untuk menyahut sesuatu pertandingan..di samping selesai sesuatu tugasan..diri nak hasil yang diusahakan itu adalah yang terbaik. Barulah mencapai syarat menang.
Macam tu juga lah pada Allah. Allah nak tengok siapa yang paling baik amalnya di atas muka bumi ni. Tugas diri..ialah berebut² beramal soleh atau melakukan amal kebajikan. Memperbanyakkan amal soleh tu adalah baik. Seiring kualiti amal tu sendiri mestilah dijaga, dengan sikap akhlak yang baik dan bersumberkan yang baik.
Yakin setiap sesuatu nya pasti benar² terjadi, pasti diri tak kan melengahkan semua ni...InsyaAllah.
Wallahu a'lam.