Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah S.a.w bersabda:" Mahukah aku nyatakan kepadamu mengenai kepala atau asas agama keseluruhannya, dan tiangnya serta kemuncaknya?". " Aku menjawab:" Mahu (terangkan perkara itu) ya Rasulullah!". Rasulullah S.a.w bersabda: "Kepala atau asas agama (yang aku bawa) itu ialah (melafazkan dua kalimah syahadat yang mengesahkan) Islam, tiangnya ialah sembahyang, dan kemuncaknya pula ialah berjihad pada jalan Allah". Kemudian Rasulullah S.a.w bersabda lagi:" Mahukah aku nyatakan kepadamu mengenai perkara yang menjadi teras (atau yang dengan sebabnya dapat memiliki) semuanya itu?" Aku menjawab:" Mahu Ya Nabi Allah!" Rasulullah S.a.w pun memegang (hujung) lidahnya, lalu bersabda:" Jagalah (lidah) ini daripada menyebabkan engkau ditimpa sesuatu yang tidak diingini".
Aku pun bertanya:" Ya Nabi Allah, adakah kami akan dikira bersalah dan dihukum, disebabkan apa yang kami tuturkan?". Rasulullah S.a.w bersabda:" (Kalau perkara yang nyata ini engkau tidak juga mengetahuinya), lebih baik sahaja engkau mati wahai Muaz, bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam neraka di atas mukanya atau di atas hidungnya ialah hasil angkara lidahnya?" .
(Hadis Hasan Sahih- Riwayat Tirmizi)
Rugilah orang yang solat, orang yang jihad...senang cerita seluruh dari orang² islam yang bershahadahkan Allah adalah Tuhan Nabi muhammad itu pesuruh Allah, sekiranya tak menjaga lidah dari sesuatu yang menyebabkan diri tertimpa azab, contoh mengumpat, mengadu domba, menyakiti hati saudara, menghina, memperlekeh dan mempermain agama islam, menyeksa haiwan dll (tidak menjaga akhlak) kerana disebabkan tidak menjaga lidah dan akhlak itu seluruh amal baiknya sia² belaka, jauh dari redha Allah swt. Nauzubillah.
Dari Abu Darda' r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "tidak ada sesuatupun yang ditimbang pada hari kiamat lebih berat dari akhlak dan budi pekerti yang baik."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
Betapa pentingnya akhlak itu, dan seandainya tiada terselit di dalam setiap ibadah diri, di dalam tingkahlaku baik diri seluruhnya..apalah nilainya, apalah berbaloinya umur dalam usahanya di dunia ini..seandainya neraka itu miliknya akhirnya..nauzubillah.
Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, Allah swt menyuntik hati² orang yang tak menjaga akhlaknya yang wujudnya terduga iman orang² yang menjaga akhlak dan pahala amal ibadahnya untuk segera taubatan nasuha dari setiap keburukan yang menjadi tabiat dan hobinya yang telah sekian lama diremehkan dosanya...aamiin..
Umur telah semakin tua...andainya umur boleh direset semula...
Uban sudah semakin penuh..andainya uban tidak pernah tumbuh
Namun hati yang hitam...tiada andai..
walau masih ada peluang dan mampu memutihkan...
Renungan...
Mungkin wajah yang elok boleh menutup hati yang hitam, seperti ijazah agama mampu menutup kemunafikan mengaburi insan2 dan memperdaya dipercaya kata2nya kerna segulung ijazah agama dalam tindakan menganiaya insan..namun apakah kerna sakit jiwa lantas terbuat dosa2 itu..lalu terlontar diri ke daerah jahil dan fasik (seolah² diri tiada ilmu namun ada ilmu menjadilah ia fasik). Namun boleh jua dimulakan kerna kejahilan dan kefasikan sendiri...lalu terbuatnya kesilapan yang menjadi penyebab dosa2 itu..nauzubillah..sedang menjadi jahil dan fasik itu sudah suatu dosa...Allahu.
Hakikatnya,
Bukanlah makian dan cacian yang diri perlu tunjuk, tapi memahami setiap yang lemah, bukanlah diam dan mengalah saat dicaci dan dizalimi itu bermaksud takut tapi mengasihani orang² yang nampak lemah yang telah banyak terpilihkan dosa2 dan kesalahan. (Mengasihani kerana nyata dirinya dalam kerugian hidup)
Ya Allah bantulah daku dan orang² yang berjuang untuk hebat dan kuat di mataMu sebagai muslimin dan muslimat yang sabar dan sejati beroleh syurgaMu. Aamiin...